Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Demi Lencana Di Dada, Biar Hilang Empat Batang Gigi', Pengorbanan Permain Hoki Negara Sebelum Bangkit Benam Pakistan

19 Okt 2017
One Comment

'Kenangan terindah' demi lencana di dada dan maruah negara, itulah yang boleh digambarkan apa yang terjadi kepada tonggak utama pasukan hoki kebangsaan Faizal Saari selepas menundukkan Pakistan.

Mana tidaknya, dia terpaksa membayar dengan harga yang tinggi apabila telah kehilangan empat batang giginya ketika membantu pasukan menundukkan Pakistan 3-2 dalam saingan round robin Piala Asia semalam.

Beliau dilaporkan terpaksa menerima rawatan di luar padang selama 10 minit selepas mengalami pendarahan di mulut akibat disiku permain lawan sebelum masuk semula beraksi membantu pasukan meraih kemenangan pertama dalam pusingan penentuan pingat itu.

A post shared by faizalsaari (@faizalsaari) on


"4 batang gone (hilang) sebab apa, sebab kami main bukan untuk duit...sweet memory. Sedap juga makan siku," tulis Faizal di laman Instagramnya

Selain itu, turut menajdi mangsa kerana permainan kasar Pakistan adalah adiknya, Fitri Saari selepas dia juga mengalami kecederaan di bahagian pipi selepas terkena kayu hoki pasukan lawan.

Beliau turut menerima rawatan sebelum masuk semula menguatkan kembali pasukan.

Fitri baru sahaja kembali ke Dhaka di mana sebelum ini terpaksa pulang ke tanah air selepas menerima berita anak lelakinya, Adam Zafran dimasukkan ke unit pemerhatian rapi (ICU) kerana jangkitan paru-paru.


Namun selepas keadaan anaknya stabil, dia terbang semula ke Dhaka dan tampil sebagai antara tonggak utama dalam kemenangan 3-2 ke atas Pakistan.

Perlawanan berkenaan cukup sengit di mana Malaysia terpaksa bangkit dua kali untuk menyamakan kedudukan, dan akhirnya meraih kemenangan manis yang mungkin akan melakar laluan ke final Piala Asia pertama buat negara. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Kecewa dengan agen online game yang lain?
    Daftar disini aja, buruan u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "