Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cara Moden Nak Ceriakan Hari Yang Murung, Hashtag Saja #kitaOK - Khas Untuk Rakyat Malaysia

24 Okt 2017
6 ulasan


Anda OK tak hari ini? Cuba tengok orang-orang disekeliling anda - ada yang bermuka masam sebab baru lepas kena marah dengan bos, ada yang senyum sebab baru lepas bercinta-cintun dengan boyfriend.

Point yang ingin disampaikan adalah setiap dari kita ada kisah yang tersendiri setiap hari yang akan mempengaruhi sama ada #kitaOK atau tidak.

Tak kira sekarang ni anda OK atau tidak, jom luangkan masa selama tiga minit untuk membaca artikel ini kerana anda akan menerima satu tugasan khas di akhir artikel ini.

Setiap dari kita mempunyai kisah yang tersendiri, dan sudah pasti sebahagian dari kisah itu adalah pahit; termasuklah gaduh dengan rakan, tak ada duit nak makan, baju kuyup dibasahi hujan, tiba-tiba budak muntah atas baju dan lain-lain. Hampir setiap kali kisah-kisah pahit ini berlaku, kita akan mula merasa hidup ini tidak adil.

Bila perasaan ini datang, timbullah benda-benda negatif di dalam akal fikiran tu sampai ada sesetengah yang jadi tertekan sehingga mengambil jalan singkat yang tak patut diambil. Jadi, perasaan negatif ini sangat merbahaya dan perlu dibuang.

Dengan objektif untuk menyebarkan positiviti kalangan orang ramai di negara ini, ada pihak yang mengambil inisiatif menjadikan hashtag #kitaOK sebagai satu trend di media sosial. Malah, sekiranya anda membuat carian di Twitter, Facebook ataupun Instagram, sudah ramai rakyat Malaysia yang memuat naik kisah-kisah positif mereka dengan hashtag terbabit. Tujuannya - untuk menyebarkan positiviti dalam kalangan rakyat di negara ini. Cukup-cukuplah dengan benda-benda negatif yang kita baca tiap-tiap hari.

Antara lima dari beratus-ratus positiviti yang sudah disebarkan menerusi #kitaOK:




Yang lebih menarik, semua positiviti-positiviti ini akan dipaparkan di laman web rasmi #kitaOK iaitu di http://kitaok.com.

Sekiranya anda membaca artikel ini sampai ke perenggan ini, jelas sekali anda seorang yang positif dan gemar menyebar sesuatu yang positif. Jadi, ini ada tugas untuk anda. Jadi sebahagian dari #kitaOK dengan memuat naik satu status di media sosial kegemaran anda bersama hashtag #kitaOK.

Sebagai contoh:

'Mak ayah, terima kasih kerana jaga adik selama ni tanpa jemu dan lelah #kitaOK'.

'Bos, thanks sebab offer nak masuk gaji awal, tapi duit bulan lepas ada lagi #kitaOK'.


Hari ni Siakap Keli gembira dapat sebarkan positiviti dengan hashtag #kitaOK.
 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    www.dewapk.com

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam

  3. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam

  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  5. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  6. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "