Seringkali apabila ke klinik atau hospital disebabkan demam yang teruk, doktor akan membekalkan antibiotik kepada kita - sambil menegaskan antibiotik ini mesti dihabiskan.
Tapi mengapa penting sangat sampai nak kena habiskan walaupun demam dah sembuh? Dan tahukah anda jika anda tidak mengambil antibiotik seperti yang telah diberitahu oleh doktor, bakteria di dalam badan boleh bertukar menjadi Superbugs?
Seorang Penolong Pegawai Perubatan di salah sebuah hospital di Sabah, Shafiq Raffi, tampil menghubungi Siakap Keli untuk menjelaskan secara terperinci kepada umum tentang bahaya yang menunggu mereka-mereka yang tidak mengambil antibiotik seperti yang diarahkan oleh doktor.
Tapi, masalah Superbugs ini mungkin akan menjadi masalah jangka masa panjang jika tidak dikawal - dan puncanya mungkin bermula dari seseorang yang tidak mengambil berat tentang pengambilan antibiotik yang telah diberikan oleh doktor.
PADAH APABILA ANTIBIOTIK TIDAK LAGI BERKESAN
Manusia telah menggunakan antibiotik bagi tujuan perubatan dan kesihatan seawal tahun 350 - 550M pada zaman Mesir Purba. Bakteria pula telah wujud sejak 3.5 Bilion tahun yang lampau. Kaitan antara bakteria dan antibiotik adalah ibarat api dan air.
Baru-baru ini, dunia perubatan dikejutkan dengan mimpi ngeri yang menjadi kenyataan setelah timbulnya beberapa penyakit berbahaya yang disebabkan oleh antibiotic resistance. Beberapa contoh penyakit tersebut adalah seperti berikut:
1. Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA)
2. Vamcomycin-resistant Enterococcus (VRE)
3. Multi-drug-resistant Mycobacterium tuberculosis (MDR-TB) 4. Carbapenem-resistant Enterobacteriaceae (CRE)
Semakin hari semakin ramai pesakit baharu telah dikesan mendapat jangkitan. Apa yang menakutkan adalah, penyakit ini tidak lagi boleh dirawat menggunakan antibiotik biasa kerana keupayaan bakteria penyebab jangkitan yang telah bermutasi menjadi lebih kuat menentang antibiotik dikenali sebagai bakteria SUPERBUGS.
Berikutan itu, pelbagai masalah telah timbul seperti ;
A) Kos rawatan pesakit kian meningkat.
B) Tempoh masa rawatan di wad hospital juga semakin lama.
C) Berpotensi menyebarkan jangkitan pada ahli keluarga,anggota kesihatan bertugas seterusnya kepada komuniti menyebabkan bilangan kes semakin bertambah dan sukar dibendung.
Apa itu SUPERBUGS?
Perlu kita ketahui bahawa bakteria merupakan mikro-organisma yang hebat dengan kemampuan survival yang cukup mempesonakan. Walaupun dengan saiznya yang mikroskopik, itu bukanlah faktor penghalang kemandirian spesis mereka kerana “size doesn’t matter”.
Dengan kemampuan survival dan adaptasi yang menakjubkan pada bakteria, maka lahirlah SUPERBUGS. Bakteria SUPERBUGS ini adalah bakteria yang bermutasi secara genetik dan berupaya melawan antibiotik yang ada di dunia pada zaman kita ini. Fenomena ini dinamakan sebagai ANTIBIOTIC RESISTANCE atau KERINTANGAN ANTIBIOTIK.
SUPERBUGS mampu menghasilkan enzim khas bagi menghancurkan antibiotik membuatkannya kebal dan terus menerus membiak dalam badan kita.
Apa itu ANTIBIOTIK?
Antibiotik adalah ubat yang digunakan untuk melawan jangkitan bakteria dengan cara membunuh atau merencat perkembangan dan menghalang pembiakan bakteria.
Tahukah anda, di dalam dunia kini antibiotik tidak begitu banyak dihasilkan? Adapun antibiotik terkini yang digunakan kebanyakannya sudah tidak lagi berkesan melawan jangkitan bakteria.
Menakutkan?
Bayangkanlah jika kesemua antibiotik dalam dunia ini tidak lagi berkesan ! APAKAH YANG BOLEH DILAKUKAN SEBAGAI INDIVIDU?
Kerintangan antibiotik adalah satu proses semulajadi. Walaupun begitu, tidak dinafikan bahawa penyalahgunaan antibiotik yang berleluasa dalam kalangan masyarakat serata dunia menyumbang kepada kadar kerintangan yang semakin pesat bertambah ibarat cendawan selepas hujan.
Sebagai seorang individu prihatin dan masyarakat yang cakna, amalkanlah langkah - langkah ini agar masalah kerintangan antibiotik dapat dikawal.
1. Gunakan antibiotik hanya untuk kes yang perlu sahaja.
2. Mengikut dos yang telah ditetapkan. Jangan memakan antibiotik secara berlebihan atau sebaliknya.
3. Melengkapkan tempoh masa rawatan antibiotik. Sekiranya pengamal perubatan mengarahkan anda memakan antibiotik selama seminggu, anda hendaklah mematuhi arahan tersebut tanpa tertinggal secara sengaja ataupun tidak sengaja. Tiada istilah “cuti” sehari atau dua hari, tiada istilah berhenti mengambil antibiotik sebelum masanya walaupun anda sudah berasa sihat. Selagi tempoh masa belum lengkap, selagi itulah anda perlu mengambilnya dengan patuh untuk kebaikan bersama.
4. Mengelakkan minuman atau makanan atau ubat-ubatan lain yang boleh berinteraksi dengan antibiotik. Anda hendaklah berbincang dengan pegawai farmasi mengenai reaksi ubat-ubatan dengan antibiotik yang anda ambil.
5. Mengelakkan berkongsi ubat dengan pesakit lain kerana tidak semua pesakit memerlukan antibiotik.
6. Jangan gunakan saki baki ubat antibiotik yang telah tidak digunakan.
7. Sebaik-baiknya lebihan ubat antibiotik hendaklah diserahkan kembali kepada pihak farmasi dan elakkan membuang lebihan antibiotik merata-rata terutama sistem perparitan.
Sekiranya anda membuang antibiotik anda ke alam sekitar terutamanya parit, lubang tandas, sungai dan tempat pembuangan sampah. Ketahuilah bahawa anda telah mendedahkan koloni bakteria yang terdapat di situ kepada antibiotik.
Malangnya, tidak semua akan mati akibat pendedahan tersebut kerana jumlah dos yang sedikit tidak mampu membunuh koloni bakteria yang berjuta itu. Akan ada yang tinggal dan bertahan lantas sisa-sisa bakteria yang terselamat inilah yang akan menjadi bakteria mutan dengan kelebihan kuasa yang mampu membunuh manusia!
“What doesn’t kill you, makes you stronger”
Bakteria mutan inilah yang dinamakan sebagai SUPERBUGS yang menjadi penyebab timbulnya masalah ANTIBIOTIC RESISTANCE. Akhir kata, kerintangan antibiotik bukanlah isu yang remeh dan boleh dipandang sebelah mata. Setiap dari kita punya peranan besar dalam masalah ini.
Sanggupkah kita melihat anak cucu kita menjadi mangsa terhadap apa yang telah kita lakukan hari ini?
Tepuk dada, tanyalah minda. Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
- Shafiq Raffi 21/10/2017
yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
BalasPadamadd pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0
BalasPadamYuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
ada CS ANGELNA yang cantik...
dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)