Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tunku Sallehuddin Dimasyhurkan Sebagai Sultan Kedah Ke-29

12 Sep 2017
2 ulasan

ALOR SETAR: Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah iaitu Raja Muda Kedah  sebentar tadi telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-29 menggantikan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang mangkat semalam.

Pengumuman pemasyhuran itu telah dibuat oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selaku Menteri Besar dalam satu istiadat khas di Balai Penghadapan Baharu, di Istana Anak Bukit.

Tunku Sallehuddin diputerakan di Alor Setar pada 30 April 1942 merupakan anakanda kesembilan Almarhum Sultan Badlishah dengan pasangannya Sultanah Asma Sultan Sultan Sulaiman,yang juga puteri Sultan Terengganu, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

Baginda di masyhurkan sebagai Raja Muda Kedah pada 15 Disember lalu menggantikan Almarhum Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah, yang mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat gering.

Tunku Sallehuddin telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan seterusnya menyambung pengajiannya di Kolej Sultan Abdul Hamid.

Setelah pengumuman itu dibuat, Datuk Pengelola Bijaya Diraja yang juga Ketua Istiadat, Datuk Syed Unan Mahsri Syed Abdullah, mengiring Tunku Sallehuddin, untuk bersemayam di singgahsana, sebelum disusuli laungan "Daulat Tuanku" oleh hadirin sebanyak tiga kali.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G menyediakan Game : Sbo&Casino,CMDbet,Tangkas,Sabung Ayam, DLL
    pin bb:5EE-80AFE
    Di tunggu pendaftaran nya ya bos :)

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di updatebetting

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "