Berikutan isu penyebaran video mirip pelakon Fathia Latiff yang tular di media sosial dan menerima kecaman hebat dari netizen, pelakon jelita ini membuat kemunculan sambil menitiskan air mata penuh emosi pada malam Ahad lalu.
Video siaran langsung yang dibuatnya menerusi laman Instagram miliknya memaparkan rakaman dirinya yang berulang kali mengeluarkan permohonan don't fitnah me (jangan fitnah saya) .
Selain itu, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, juga berkata dia masih belajar mengenai Islam dan mengenal Tuhan.
Pelakon utama Ariana Rose ini juga merayu agar dia tidak terus-menerus difitnah dan ingin bersikap jujur dengan peminatnya.
“I'm still learning about Islam, I’m still learning about god and I am being honest to you guys and don’t fitnah me. It's not right to fitnah me. (Saya masih melajar mengenai Islam, saya masih belajar mengenai Tuhan dan saya bersikap jujur kepada anda semua dan jangan fitnah saya. Tak adil memfitnah saya),” katanya dalam rakaman itu.
Fathia juga bercerita tentang andaian dan tanggapan pihak di luar terhadapnya selain dia meminta untuk semua pihak memahaminya dan berdoa untuk kebaikan dirinya.
Pelakon ini mengambil contoh rakannya yang mahu memakai tudung namun apabila mendapat cacian, mereka rasa kecewa kerana tiada pihak yang ingin memberi sokongan.
Selain dari petularan video yang menampakkan wanita mirip Fathia menari, namanya juga hangat diperkatakan apabila dia digugurkan daripada penggambaran drama Laluna kerana tidak berdisiplin.
Sumber- mStar Online
MalaysianKini