Tiga mayat bersama kepala di sisi ditemui di Jalan Xalapa, Veracrus dengan berbaluti plastik sampah dan dilekatkan pita pelekat di Mexico.
Mangsa Juan Salvador Patiño Leon, 27, Jorge Luis, 31, dan Denisse Yazaret Morales Juárez, 28.
Terdapat dua batang penyapu turut berada di badan mangsa.
Melihat cara kematian itu, mereka dipercayai telah dibunuh oleh kartel dadah.
Ketiga-tiga mangsa dilaporkan telah hilang 12 September lalu.
Penduduk mendakwa, mangsa berasal dari keluarga berkaitan dengan kegiatan jenayah.
“Bapa mereka, Jorge Patino adalah penculik dan pembunuh. Dia kini di dalam penjara.
“Salah seorang bapa saudara mereka….hilang kerana sesuatu perkata. Mereka ini sama seperti ibu saudara mereka yang menghambakan diri dengan dadah. Manakala anggota keluarga yang lain kini dalam penjara di Amerika Syarikat.
“Senang cerita, mereka ini adalah penjenayah,’’ tambah penduduk di situ.
Sumber - My Sanantonio