Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nafi Ada Kerjasama Dengan Syarikat Tawar Rumah Mampu Milik Tular, Berikut Adalah Kenyataan Penuh Dari SIRIM

13 Sep 2017
2 ulasan

Sejak kebelakangan ini isu sebuah syarikat pembinaan yang menawarkan rumah mampu milik pada harga yang terlalu murah melebihi separuh dari harga pasaran menjadi bualan ramai.

Pelbagai kisah yang dimuatnaik oleh netizen mengenai kisah rumah mampu milik yang dinaungi oleh seorang artis tempatan ini, namun kami tidak mahu menyentuh lebih tentang isu itu.

Apa yang kami tulis ini adalah tentang penafian pihak SIRIM Berhad selepas logonya terpapar di dalam iklan rumah mampu milik syarikat tersebut seolah-olah menyatakan projek perumahan itu mendapat kerjasama dari pertubuhan di bawah kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi itu.




Memetik kenyataan daripada pihak SIRIM Berhad, pihak mereka tidak pernah mengadakan sebarang kerjasama, usahasama, menjalankan kajian, ujian produk dan atau apa jua perkhidmatan atau memberikan pensijilan atau kebenaran kepada syarikat tersebut untuk menggunakan logo korporat SIRIM dalam sebarang bentuk promosi ke atas sebarang produk atau perkhidmatan milik syarikat itu.

"Oleh yang demikian, SIRIM Berhad tidak akan bertanggungjawab di atas segala akibat dan atau kesan yang dilakukan oleh syarikat *** ****nology Sdn Bhd," tegas pihak SIRIM.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "