" Kau Ingat Kau Siapa Di Sisi Tuhan," Jemaah Kongsi Kisah 'Ujian' Terjadi Ketika Bermalam Di Mina
Setiap antara kita yang beragama Islam pasti teringin untuk menunaukan ibadah Haji atau Umrah di Tanah Haram dan Madinah,
Ketika ini jutaan jemaah daripada seluruh dunia sedang mengerjakan rukun Islam yang kelima ini di mana sebahagian besar jemaah haji kini berada di Mina.
Setiap perbuatan di dalam ibadah haji mempunyai pengajaran dan hikmah tersendiri seperti dikongsikan oleh jemaah bernama Mohamed Hadi AH di mana beliau menceritakan pengalamannya semasa bermalam di Mina.
Sungguh kecil manusia ini, tidak kira kau kaya atau miskin, kau hitam atau putih, kau berdarah raja atau rakyat jelata, apabila berada di sana, engkau adalah sama, segala kesenangan akan ditinggalkan.
Jom baca perkongsian beliau.
Kenangan khemah di Mina. Tidak lebih elok dari kem pelarian. Betul-betul satu tarbiyah Ilahi, aku terpukul dengan torture dari langit.
Pengalaman di Mina menarik segala nikmat yang ada. Sesetengah kita tak kisah kalau tak dapat satu-satu nikmat, tapi nikmat yang lain, mesti kena ada. Tapi nikmat di Mina, Allah tarik belaka.
Suka makan? Nak makan boleh makan kat Mina, tapi tandas ya ampun, 2700 orang kongsi 40 tandas. Nak beratur depan kau ada berbelas orang tengah tunggu turn. Terbantut nak makan.
Suka tidur? Nak tidur boleh tidur tapi kaki berlaga kaki, kepala berlaga kepala, dalam kebanyakan masa kena peluk lutut sendiri. Nak tidur pun Allah tak bagi izin untuk selesa.
Suka mandi? Nak mandi macam mana, air sentiasa panas. Cuaca dahlah panas, air pun panas, dalam khemah pun panas. Allah tak izin jugak.
Bila tidur tak selesa, mandi pun tak selesa, makan pun tak selesa, rehat terganggu, maka kau tahu siapa diri kau yang sebenar pada waktu itu.
Selama ni rilek je boleh baca Quran sejam dua, wah duduk bersandar kau dalam aircond. Bila kat Mina kau selak Quran baru baca satu muka rasa macam nak putus nyawa.
Dalam serba-serbi semuanya tak selesa, Allah suruh kau berjalan 9km sehari untuk melontar selama 3 hari (kalau nafar awal) atau 4 hari (kalau nafar tsani). 9km sehari! Jalan kaki selama sejam setengah atau tiga jam (bergantung kepada aliran trafik jemaah).
Penat, lesu, sengal, kejang, busuk, hapak, kusut masai, padan muka kau.
Kau ingat kau siapa di sisi Tuhan?
- Siakapkeli.my
b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G, yukk buruan.. :)
BalasPadamSwin888.blogspot.com
BalasPadamWechat / whatsapp
Bit.ly/60133026666
011-2611-9352
014-322-7846
SWIN888 SENANG DAPAT ANGPAO & JACKPOT.
#SCR888 ->>> Fairy Garden
#LPE88 --->>> Azteca
#JOKER123 --->>> Huga
#GW99 ---->>> Aladdin
#SKY777 -->>> Double Ultimate
#sky99 --->>> God of wealth
- WELCOME BONUS 30%
- DAILY BONUS 10%
- REFER BONUS 20%
- 100% TRUSTED #BESMART
- 24 JAM MASA CUCI/
TOPUP
- MININAL TOPUP Myr10.
- HARI HARI JACKPOT
- LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCF7oiXFOTBVGvI3h7J2qqqw