Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Semua dalam bilik asrama ada 35 orang, tetapi yang sempat turun bersama saya tujuh orang sahaja. Yang lain tak sempat" - Mangsa Terselamat

14 Sep 2017

 “Saya orang pertama yang membuka ‘grill’ (pintu pagar) dan turun dari bilik asrama yang sedang terbakar tetapi hanya tujuh sahaja yang sempat turun.” kata Muhammad Danial Amri Al-Haz Ali, 16, mangsa yang terselamat dalam kejadian kebakaran di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, hari ini.

"Semua dalam bilik asrama ada 35 orang, tetapi yang sempat turun bersama saya tujuh orang sahaja. Yang lain tak sempat."

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi, dia terdengar guru menjerit untuk mengejutkan pelajar supaya menyelamatkan diri kerana dari kebakaran.

"Saya berlari mencari lorong yang boleh keluar dari bilik asrama kami (tingkat tiga), saya sempat berlari membuka pintu pagar dan turun.

Tambahnya lagi, selepas berjaya keluar daripada bangunan itu, dia telah meminta bantuan daripada penduduk setempat.

"Saya lihat api sudah marak di pintu asrama dan ketika itu ada rakan-rakan yang melompat untuk menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan di Hospital Kuala Lumpur.

BACA: (Video) Kami Selamatkan Diri Terjun Ikut Tingkap - Mangsa 

Dalam masa itu, seorang guru di pusat tahfiz berkenaan, Mohd Arif Mawardy, 24 berkata, dia terkejut apabila mendengar bunyi seakan-akan ribut di luar bangunan berkenaan.

"Saya terjaga dan melihat keluar tingkap namun tidak berlaku sebarang ribut tetapi melihat kepulan asap di tingkat tiga banguna berkenaan.

"Semua penghuni asrama ketika itu sedang nyenyak tidur dan saya menjerit mengarahkan pelajar keluar dari asrama," katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan di Hospital Kuala Lumpur.

Mohd Arif berkata, dia ketika itu berada di tingkat dua bangunan berkenaan bersama tiga lagi guru cuba menyelamatkan pelajar di asrama yang terletak di tingkat tiga.

"Namun ada beberapa orang sahaja yang berjaya melompat keluar, selebihnya terperangkap di asrama berkenaan.

"Saya kemudian meminta tolong daripada penduduk setempat untuk membantu memadamkan kebakaran namun api yang sangat marak menyukarkan mereka.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "