Salah seorang mangsa yang terselamat dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pagi tadi berkongsi detik menyelamatkan bayi dalam insiden kebakaran tersebut.
Mohd Ihsan Husin, 16, berkata bayi tersebut adalah anak kepada guru tahfiz berkenaan yang dihulurkan kepadanya ketika dia berada di tingkat dua dan sudah berjaya menyelamatkan diri.
"Bayi itu dihulur kepada saya dari tingkat tiga sebelum saya bawa turun ke bawah.
"Keadaan kelam kabut dan saya tidak tahu apa berlaku kepada ustaz berkenaan.
"Sebelum kejadian saya terjaga daripada tidur kerana mendengar jiran menjerit api, lalu saya kejutkan rakan-rakan lain dan bergegas menyelamatkan diri dengan memecahkan gril pada pintu sebelum turun tingkat dua," katanya.
Mohd Ihsan adalah antara 13 mangsa yang terselamat dari kejadian kebakaran yang meragut nyawa seramai 24 orang itu.
BACA : "Amiel Masuk Tahfiz Sebab Nak Bawa Ibu Dan Ayah Ke Syurga Firdaus"- Mangsa Kebakaran Serah Surat Nyata Hasrat
Menurutnya, dia sudah belajar di pusat tahfiz berkenaan selama 4 tahun bercerita ketika kejadian asap sangat tebal manakala hanya terdapat satu pintu sahaja untuk keluar dan masuk.
"Selepas solat Isyak (malam tadi) ada kelas sehingga jam 10.30 malam, makan malam dan jam 11 malam kami diminta tidur.
"Saya ada ternampak dua tong gas berhampiran pintu bilik, agak pelik kerana sebelum ini tiada dan kami tidak dibenarkan memasak," katanya.
Sumber : BH Online
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877