Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja Sekarang Makin Berani, Doktor Cadang 5 Cara Wajib Emak Ayah Kena Lakukan Supaya Anak Lelaki Tak Naik Kepala

28 Sep 2017

Mempunyai anak adalah rezeki yang tidak ternilai. Tapi pening juga jadi ibu bapa nak layan perangai anak yang bermacam-macam ini. Terutama anak lelaki yang lebih panjang akalnya berbanding anak perempuan.

Jadi ibu bapa ini kena lah panjang akalnya untuk mengelakkan anak lelaki naik kepala. Perlu juga kena dengan caranya, tidak terlalu kasar. Takut nanti membrontak pula. Jadi bagaimana cara untuk mengawal mereka?

Dikongsi oleh Dr. Taufiq Razif cara ibu bapa mengawal anak lelaki ketika masa kecil agar besar nanti tidak mudah naik kepala, semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan semua ibu bapa.


Semua Mak Ayah Kena Tahu 5 Cara Nak Buat Anak Lelaki Tak Naik Kepala.

Sedih tengok video ada anak yang sanggup pukul mak sendiri. Pernah jugak ada kes sorang anak lelaki yang baru berumur 21 tahun sanggup ugut nak tetak mak sendiri dengan parang panjang bila mak dia tak bagi duit RM1 yang budak lelaki tu mintak untuk beli rokok!

Kejam kan? Sebak pulak. Adeh!

Sebab tu nak besarkan anak lelaki ni kena tahu cara supaya anak lelaki tu tak jadi besar kepala bila dah besar nanti

1. Kurangkan gajet
Daripada pengamatan saya kalau seorang anak tu terlampau dimanjakan dengan gajet, mereka akan jadi kurang sensitif dengan orang kat sekeliling mereka. Hormon dopamine yang keluar ketika mereka bermain gajet membuatkan si comel kita ni rasa kalau nak bahagia dan tenang, cukup dengan gajet! Gajet nombor 1. Bantu mak ayah kat rumah tu nombor 15 je lah!

2. Bagitahu mereka pahala bantu mak ayah
Sekarang ni kalau anak saya tolong lap lantai ke sapu sampah ke mesti saya akan panggil mereka anak soleh. Biar mereka tahu kalau bantu mak ayah ni benda yang sangat mulia daripada segi agama dan moral. InsyaAllah habit tu akan melekat sampai ke tua kalau kita amal pujian ni.

3. Jangan larang kalau anak kita nak bantu
Kadang-kadang tu saya pun khilaf. Kadang-kadang saya pun termarah anak saya kalau dia basahkan lantai. Bila saya selidik balik, Ya Allah! Rupanya anak saya tu berniat nak tolong saya cuci kotoran di lantai je. Cuma budak kecik kan, mereka mana la reti cuci lantai ni jadi mereka buat la semampu mereka walaupun bagi kita nampak macam mereka tengah buat hal dan sengaja sepahkan rumah. Padahal niat mereka suci! Ya Allah! Maafkan saya!

4. Si ayah kena jadi idola terbaik anak
Sedalam mana pun kasih sayang anak pada ibunya, si ayah tetap menjadi idola utama si anak sebenarnya. Ayah pemalas biasanya akan menghasilkan anak yang malas. Ayah pemarah pun biasanya akan menghasilkan anak yang pemarah. Nak anak yang suka tolong mak ayah? Jadilah ayah yang suka tolong nenek dan emak di rumah ye.

5. Mula daripada sekarang jugak
Jangan tunggu besok atau lusa untuk didik anak kita. Sampai masanya rebung yang lembut dan mudah lentur akan menjadi sebatang buluh yang keras dan kukuh.
- anak dibawah umur 1 tahun pun dah boleh ajar perlahan lahan untuk buang sampah dalam tong sampah, lap air kalau mereka tumpahkan dan juga ajar mereka ambil baju masing-masing dalam rak yang disediakan.
- kita bukan niat nak dera mereka. Kita cuma nak lahirkan ' perasaan taat ' dalam jiwa si comel kita.

InsyaAllah suatu hari nanti anak kita semua akan membesar menjadi anak yang taat dan berbuat baik pada kita semua dan akhirnya menjadi saham akhirat yang berguna untuk kita semua walaupun kita dah takde lagi di dunia ini.

Amin.

p/s : Tolong ajar ilmu ni pada pasangan masing-masing ye sebab benda ni sangat berimpak besar pada perkembangan si comel kita suatu hari nanti.

** Boleh ke website saya taufiqrazif.com untuk ilmu parenting yang lebih penting

Sumber - Taufiq Razif
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "