Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Mama Baru Hilang Abah, Kali Ni Mama Hilang Fahmi Pula Dalam Hidup Mama," Luahan Ibu Ini Betul-Betul Sentuh Hati Netizen

14 Sep 2017
One Comment

Hari ini negara digemparkan dengan sebuah kejadian yang penuh tragis dan menyayat hati di mana telah berlaku sebuah kebakaran di sebuah asrama Maahad Tahfiz di Keramat Kuala Lumpur.

Kejadian itu mengorbankan 24 orang tahfiz pelajar temasuk dua orang guru selepas mereka tidak berjaya keluar dari asrama tersebut yang marak terbakar.

Berita ini mendapat perhatian ramai, rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dengan kejadian ini dan menganggap ianya sebagai satu ujian daripada tuhan kepada hambanya.

Pelbagai kisah kita dapat baca hari ini, terbaca admin tadi satu luahan salah seorang ibu pelajar tahfiz yang terkoban di mana luahannya itu begitu menyentuh hati natizen.

"Ya allah.. mama baru kehilangan abah, kali ni mama kehilangan fahmie dalam hidup mama," tulis Puan Noridayu.

Ternyata luahan pendek itu cukup untuk membuatkan hati puluhan pengguna Facebook tersentuh.

Tidak dapat dipastikan sama ada 'abah' itu merujuk kepada bapa atau suaminya, yang pasti beliau baru sahaja hilang dua orang yang amat disayanginya dalam amsa terdekat.

"Salam takziah puan, anak syurga, dia tunggu puan di pintu syurga ,insyaAllah, puan antara organ yang terpilih oleh Allah untuk menerima ujian ini, beruntungnya jika puan dapat menerima ujian ini dengan redho, perit di dunia insyaAllah indah di syurga nanti, amin," kata Puan Siti Hawa Zainon .

"Allahu...terus kuat ya kak, putera kesayanganmu menunggumu di syurga kak..betapa beruntungnya dirimu," tulis Emyelia Arsad.

"Tidak dapat digambarkan keadaan mental puan, saya sendiri yang tidak ada apa-apa ikatan pun terasa teramat sayu apatah lagi puan..sebagai seorang ibu yang melahirkan.takziah saya ucapkan," tulis Lyn Nora pula.

Apa pun, bersama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada mereka yang meninggal dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman, selain itu doakan juga semoga mereka yang cedera cepat sembuh. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "