Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Anak Baru Tamat Belajar Di Situ, Ada Antara Mereka Adalah Sahabat Sahabat," Datuk Rizalman Tidak Dapat Tahan Sebak

14 Sep 2017

PETALING JAYA: "Saya tidak dapat bayangkan jika Umar adalah salah seorang mangsa kebakaran pusat tahfiz itu," kata Datuk Rizalman Ibrahim dalam nada tersekat-sekat apabila terkenangkan tragedi yang mengorbankan 24 nyawa pada awal pagi Khamis itu.

Umar Nail, 15, anak angkatnya juga pernah menuntut pelajaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung di ibu negara selama empat tahun.

Rizalman berkata, Umar kini melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa, Seremban selepas mengambil keputusan untuk menerima tawaran itu kira-kira dua tahun lalu.

"Apa yang membuatkan saya lebih sedih apabila memikirkan jika saya tidak membuat keputusan untuk Umar meneruskan pelajarannya di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa.

"Jika Allah beri qada dan qadar berlainan, saya tidak dapat bayangkan apa yang terjadi kepada saya dan dia," ujarnya.


Pereka fesyen terkenal ini tidak dapat menahan perasaan sedih setelah menerima berita tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran terbakar awal pagi tadi kerana beliau menganggap sebahagian besar warga pusat tahfiz adalah daripada hidupnya.

"Saya tidak dapat menahan rasa sedih apabila menerima berita ini. Pertama saya bayangkan wajah-wajah yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya.

"Setiap kali saya menjemput Umar, saya akan bertemu dengan anak-anak ini dan mereka juga pernah berlakon dalam filem pendek saya, Pulang pada tahun lalu," kata Rizalman.

Menurut Rizalman, salah seorang ustaz yang juga mangsa dalam tragedi tersebut adalah merupakan ustaz yang pernah mengajar Umar. Ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Yusuf itu turut terkorban dalam tragedi kebakaran ini.

Sebaik sahaja berita sedih yang diterimanya, beliau terus berjumpa dengan pengetua pusat tahfiz tersebut.

"Salah seorang mangsa iaitu Ustaz Yusuf merupakan cikgu kepada Umar. Sepanjang Umar berada di pusat tahfiz tersebut, dia antara cikgu yang mengajar di kelas anak saya. 


"Saya bukan sahaja mengenali seorang mangsa, tapi boleh dikatakan seluruh warga pusat tahfiz itu. Sebaik sahaja dapat berita ini, saya terus pergi ke lokasi untuk berjumpa dengan pengetua," katanya.

Beliau juga telah memaklumkan berita sedih itu kepada cikgu di tempat Umar bersekolah di Negeri Sembilan. Kesedihan yang dialami oleh anak angkatnya, Umar apabila menerima berita sedih ini tidak dapat dijangka oleh Rizalman.


Selain Umar anak angkat yang diambilnya daripada rakan dan kenalannya pada 2002, Aali Nail juga merupakan anak angkatnya sejak tahun lalu.

Sumber : mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    dan menangkan hadiah menariknya

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "