Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tidak Tolak Kemungkinan Untuk Dakwa Ibu Bapa Suspek - Polis

20 Sep 2017
No Comment

Berikutan insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifqqiyah yang telah meragut 23 nyawa pada Khamis lalu, polis tidak menolak kemungkinan untuk mendakwa ibu bapa suspek yang dipercayai terlibat menyebabkan kebakaran di pusat tahfiz itu.

Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, perkara itu hanya akan diputuskan oleh pejabat Peguam Negara.

"Saya tidak boleh komen sebab (masih) terlalu awal untuk komen. Kita melihat dari semua sudut. Apa yang saya boleh kata awak (wartawan) tunggu dan lihat kerana ketika ini keutamaan kita adalah melengkapkan kertas siasatan dan menghantar laporan kepada pihak berkaitan.

"Ia juga bergantung kepada cadangan kami kelak. Kita akan melakukan yang sewajar. Pada masa sama, perkara ini perlu dibincang dengan pejabat Peguam Negara.

"Pegawai kami juga bekerja keras untuk melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh terdekat ini," katanya ketika ditemui media.



Beliau memberi penjelasan demikian ketika diminta mengulas sama ada ibu bapa kepada tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam insiden terbabit boleh didakwa bagi memberi pengajaran kepada orang ramai.

Ketika ditanya sama ada kesemua suspek berkenaan akan terus didakwa atau disambung reman, ujar Mohamad Fuzi, ia bergantung kepada keperluan pihak polis.

"Ketika ini, laporan dari beberapa pihak termasuk Jabatan Kimia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta beberapa laporan lain yang perlu dilengkapkan dalam masa terdekat.

"Ini kerana kita perlu menghantar laporan kepada pihak berkenaan secepat mungkin," katanya.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "