Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

China Cadang Perkenal "Latihan Ketenteraan" Sebagai Hukuman Kepada Pembuli

11 Sep 2017

Malaysia pernah dikejutkan dengan pelbagai kes buli, malah dalam beberapa kes ianya turut melibatkan kematian mangsa buli. Anda pasti pernah menonton video buli. Mangsa dipukul secara beramai-ramai, dipijak dan sebagainya. Hukuman yang biasa dikenakan terhadap pembuli adalah tindakkan tatatertib seperti digantung atau dibuang sekolah.

Lain pula di China khususnya di Beijing, pembuli yang disabitkan kesalahan akan menjalani ‘kerja berat’ sebagai proses pemulihan. Mereka yang ditahan akan dihukum dengan melakukan kerja kemasyarakatan untuk tempoh antara 10 bulan hingga setahun. Hingga kini, seramai 14 orang pelajar sedang menjalani hukuman tersebut.

Kesemua pelajar perempuan yang berusia antara 15 hingga 17 tahun itu memulakan hukuman mulai 4 September yang lalu. Namun, hukuman tidak terhenti setakat itu sahaja, nasib mereka bakal ditentukan pihak sekolah sama ada diterima kembali untuk belajar atau dibuang selepas tamat menjalani hukuman tersebut.

Menurut Pengarah Mahkamah Jenayah Tongzhou, Wei Dan, berkata, pada asalnya hukuman yang dicadangkan adalah pembuli perlu menjalani latihan ketenteraan dan peluang untuk mereka kembali ke sekolah adalah bergantung kepada hasil ketika mereka menjalani latihan tersebut.


Tambahnya lagi, latihan ketenteraan, kaunseling dan bekerja di rumah kebajikan termasuk rumah orang tua adalah antara hukuman baru yang akan dimasukkan dalam proses menambah baik hukuman kepada pembuli oleh pihaknya.

“Ia bertujuan memperbaiki disiplin pelajar terbabit dan membantu mereka menilai kelakuan masing-masing serta meningkatkan kesedaran mengenai undang-undang.

“Bekerja di rumah kebajikan akan membantu mereka ‘bergaul dengan masyarakat’,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G agen nya game bola online teraman..
    Add yuk 5EE80AFE :)

    BalasPadam
  2. Swin888.blogspot.com
    swin888strong.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    bit.ly/60133026666
    bit.ly/601126119352
    bit.ly/60143227846

    SWIN888 SENANG DAPAT ANGPAO & JACKPOT.
    COME TRY LUCK. MANY UNIQUE GAMES PAYOUT.
    #SCR888 ->>> INDIAN MYTH
    #LPE88 --->>> AZTECA
    #JOKER123 --->>> HUGA
    #GW99 ---->>> GOLDEN ROOSTER
    #SKY777 --->> KING PHARAOH
    #sky99 --->>> ICELAND

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCF7oiXFOTBVGvI3h7J2qqqw

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "