Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bapa Rogol Anak Di Penjara Selama 480 Tahun

18 Sep 2017

Seorang bapa mengaku bersalah terhadap 16 pertuduhan merogol anaknya yang berusia 13 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara 480 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen, Maris Agan, menjatuhkan hukuman 30 tahun penjara bagi setiap pertuduhan, selain 18 sebatan ke atas tertuduh.

Hakim turut mengarahkan hukuman tersebut dijalankan serentak, bermula hari ini.

Terdahulu, tertuduh, 38, mengaku bersalah terhadap 12 tuduhan merogol mangsa di sebuah bilik di kediamannya di sebuah rumah panjang di Sungai Bulat, dekat sini, di antara Januari dan Disember tahun lalu.

Dia turut mengaku bersalah terhadap empat tuduhan melakukan kesalahan yang sama beberapa kali dan di lokasi yang sama sejak Julai hingga 5 September tahun ini.

Atas kesalahannya itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh memperkosa mangsa setiap malam sejak Januari hingga Disember tahun lalu.

Pada tahun ini, mangsa tinggal di asrama sekolahnya dan selamat daripada dirogol bapanya tetapi mangsa dikesan menghidap ketumbuhan pada ovari.

Mangsa diarah menjalani pembedahan untuk membuang ovarinya sebelum pertengahan tahun ini kerana dikhuatiri ketumbuhan yang dialaminya itu merebak.

Bagaimanapun, selepas menjalani pembedahan itu, tertuduh mula mengulangi perbuatannya sejak Julai lalu dengan merogol mangsa setiap kali mangsa pulang ke rumah pada hujung minggu.

Keadaan itu berlarutan pada bulan Ogos hingga awal bulan ini.

5 September lalu, kali terakhir mangsa dirogol, mangsa telah mengadu kepada ibunya yang dia mengalami kesakitan berterusan pada perutnya berhamipran tempat pembedahan.

Mangsa masih tidak mendedahkan dia menjadi mangsa rogol bapanya.

Akan tetapi mangsa tidak dapat menahan kesengsaraannya dan memaklumkan perbuatan kejam bapanya itu kepada seorang guru di sekolahnya, yang kemudian membuat laporan polis menyebabkan suspek ditahan pada 7 September lalu.

Pada prosiding hari ini, pegawai pendakwa, Inspektor G Anbarasu, memohon kepada mahkamah untuk mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh kerana perbuatannya itu menyebabkan mangsa mengalami trauma sepanjang hidup.

Sementara itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu kepada mahkamah supaya meringankan hukuman terhadapnya.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. yuk.. gabung di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g dan menangkan hadiah menariknya

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "