Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Yazid Search Dilarang Menaiki Pesawat Kerana Uzur

1 Ogo 2017
One Comment

Yazid Ahmad, pemain drum kumpulan Search terpaksa membatalkan hasratnya untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Brunei apabila beliau dilarang menaiki pesawat kerana uzur.

Ramlah Mat, isteri kepada Yazid berkata kesihatan suaminya itu merosot ketika mereka sedang menunggu pesawat untuk pulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada isnin setelah empat hari berada di negara itu.

"Kami berada di Brunei sejak Jumaat lalu berikutan suami saya ada undangan menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian. 

"Pada awalnya, kesihatannya baik tapi hari terakhir dia nampak penat dan mengalami sesak nafas dan semput sehingga tidak dibenarkan menaiki pesawat. Dia terus dibawa ke Hospital Ripas untuk mendapatkan rawatan," lapor mStar Online.

Jelas Ramlah lagi, suaminya itu sedang menjalani rawatan dialisis bagi membuang air pada paru-paru yang mengakibatkan dia menjadi semput.

Menurutnya, keadaan Yazid semakin stabil meskipun masih berada dalam keadaan lemah.

"Selepas melakukan rawatan dialisis semalam, tekanan darah dia semakin baik dari 180 kepada 108. Tapi dia masih lemah dan tidak boleh berjalan.

"Sepatutnya sudah boleh keluar hari ini tapi pihak hospital minta buat satu lagi dialisis kerana masih ada saki baki air di paru-paru yang perlu dikeluarkan.

"Biasanya sekali dialisis mengambil masa tiga jam, mungkin esok baru kami dibenarkan keluar dan pulang ke Malaysia," ujarnya.




Ramlah turut berharap peminat dan orang ramai mendoakan kesihatan suaminya agar dapat pulang ke Malaysia segera.

Yazid Ahmad dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Julai 2015 akibat masalah jantung dan buah pinggang.

Sumber- Mstar Online

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "