Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pencuri Pecah Rumah Kena Cekup Selepas Tak Jumpa Pintu Keluar, Ditemui Dalam Keadaan Letih

1 Ogo 2017
No Comment

Akibat tidak berjaya menjumpai pintu keluar rumah, seorang pencuri di Baling gagal melarikan barang beharga milik sebuah keluarga di Kampung Mengkuang Masjid.

Tuan rumah, Omar Gul Hadzrat Gul, 77 yang juga merupakan seorang pengamal perubatan berkata kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lalu kira-kira jam 1.15 pagi.

"Waktu tu saya nak keluar pi tandas, tiba-tiba perasan ada seorang lelaki kepala botak duduk atas kerusi di  meja makan. Dia nampak macam letih.

"Pak Long tanya dia hang pencuri ka? Kenapa tak keluar? Dia jawab cari pintu tak jumpa dan tak ingat masuk dari mana.

Jelas Omar Gul lagi, beliau terus pegang tangan pencuri itu dan menendang ke muka menyebabkan pencuri tersebut pengsan.


Menurut Omar Gul, sebelum ini ada empat pencuri cuba mencuri burung peliharaannya tetapi juga tidak berjaya kerana mengaku nampak laut dan tak dapat lari.

Beliau berkata, ayat suci al-Quran adalah kalimah paling hebat untuk menjadi pendinding kediaman dari gangguan anasir jahat.

Pencuri tersebut diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Baling untuk tindakan lanjut.


Sumber- Sinar Harian

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "