Benda macam ini selalu je jadi, lebih-lebih lagi lepas mengemas pakaian, bukan apa, kalau masa basuh baju, kita banyak guna ‘hanger’ sebab lebih mudah nak kering, tapi kalau dah melipat, tak banyak sebenarnya yang guna ‘hanger’.
Bila dah macam ni, mesti longgok jer ‘hanger’ yang banyak itu dekat dalam bakul, tak pun gantung jer dekat ampaian, guna untuk esok pula.
Tapi, kadang-kadang ‘hanger’ ni kalau dah banyak sangat kat bakul la, penyidai la, ia sedikit sebanyak buat serabut. Nak simpan, tak ada tempat khas.
Dalam sedar tak sedar, situasi ini yang secara tidak langsung berikan idea buat Mohd Azrin Roselan untuk buat sendiri rak penyimpanan penyangkut baju ni. Jadinya, ‘hanger’ tak bersepah atau hilang, dan yang paling penting, modal nak membuatnya sekitar RM20 sahaja.
Apa lagi, jom kita tengok macam mana nak buat, lepas ini boleh la buat untuk isteri pulak.
DIY Rak Penyangkut Baju
Saya dan isteri selalu sahaja mengalami penyangkut baju bersepah dan hilang. Ting! tiba-tiba dapat idea untuk hasilkan rak penyimpan penyangkut baju dari paip PVC.
Project DIY hujung minggu menghasilkan rak tempat letak penyangkut baju murah dan mudah.
Bila dah ada rak penyangkut baju tiada lagi masalah penyangkut baju bersepah dan hilang. Kalau hilang juga tentu ia hilang sekali dengan raknya sekali.
Modal nak hasilkan rak penyangkut baju sekitar RM20. Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Paip PVC 15" sepanjang 9 kaki
2. Gam paip PVC
Kos upah: Air Sirap.
Rak simpan penyangkut baju
AzrinRos
Suami yang baik, suami yang senangkan isteri
- Siakap Keli
b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)
BalasPadam