Putrajaya - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini menafikan dakwaan kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 akan diadakan pada Oktober ini.
SPR dalam satu kenyataan berkata video yang tular di media sosial dan memaparkan kenyataan bahawa PRU14 akan berlangsung pada Oktober ini hanyalah latihan simulasi kakitangan SPR.
"SPR telah mengesan terdapat dakwaan tersebut di media sosial yang mula ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak semalam.
"Faktanya, video yang tular itu adalah latihan simulasi oleh kakitangan SPR," kata kenyataan tersebut.
Sebelum ini, video simulasi itu viral sehingga menimbulkan salah faham bahawa PRU14 akan berlangsung pada 11 Oktober dan 13 Oktober ini.
SPR juga akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di mana-mana laman media sosial untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak cuba mencemarkan reputasi suruhanjaya tersebut.
Dalam pada itu, Pengurusan Tertinggi SPR akan menimbang untuk membuat laporan polis terhadap pihak yang menyebar fitnah dalam media sosial agar tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sumber: Utusan Online
Main b0l4 dari fansbetting yuk (5ee80afe)
BalasPadamAda juga pilihan game lainnya :D