Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Walaupun Dia Sibuk Latihan, Tapi Dia Tidak Pernah Abaikan Keluarga - Bapa

28 Ogo 2017

Nama N. Thanabalan, 22, baru-baru ini menjadi sebutan dan pujaan rakyat Malaysia apabila berjaya menampilkan aksi cemerlang mewakili skuad B22 kebangsaan dalam memburu emas acara bola sepak Sukan SEA KL17. Pasti rakyat Malaysia tidak dapat melupakan tandukan berbisa Thanabalan ketika menjaringkan gol kemenangan ke atas pasukan seteru abadi, Indonesia dalam perlawanan separuh akhir pada Sabtu yang lalu.

Dan sudah tentu insan yang paling gembira dengan jaringan tersebut adalah bapa Thanabalan sendiri, S. Nadarajah, 56. Bagi Nadarajah, Thanabalan bukan sahaja seorang pemain bola sepak yang hebat, malah menganggap dia sebagai anak yang baik apatah lagi Thanabalan menggunakan gajinya sebagai pemain bola sepak untuk menyara keluarga.

“Biarpun anak kami sibuk menjalani latihan, dia tidak pernah sesekali melupakan keluarga malah menjadi tunjang kepada keluarga ini,” ujar S Nadarajah.

"Dia lebih mengutamakan keluarga berbanding membeli barangan untuk dirinya. Malah dialah yang menjadi ketua keluarga selepas saya terbabit kemalangan pada 14 April 2013," katanya sebak.


Menurut Nadarajah, kemalangan itu berlaku ketika dia dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di Kuala Lumpur dari Seremban.

"Semasa kejadian, saya menunggang motosikal jam 6.30 pagi sebelum sebuah kereta merempuh dari belakang. Disebabkan itu, saya kini lumpuh separuh badan bermula daripada bahagian dada hingga kaki”

Berikutan tragedi tersebut, Thanabalan telah mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga. Dia bukan sahaja menampung perbelanjaan dapur, bil utiliti dan kos perubatan, malah turut menjaga dua adiknya, Kheeteeswaran, 19, dan Keethikaa, 13.

"Sejak menyarung jersi pasukan negara, Thanabalan beritahu tidak mahu berenggang dengan keluarga kerana risau keadaan kami. Selepas menjalani latihan, dia akan pulang ke rumah untuk memandikan, menukar lampin dan mendukung saya ke katil disebabkan saya tidak mampu bergerak," tambah Nadarajah.

Walaupun terpaksa berulang alik antara Kuala Lumpur dan Seremban, Thanabalan tidak pernah mengeluh dan memberitahu bahawa dia penat.

"Saya bangga dengan dia apatah dalam kecemerlangannya dalam bola sepak," katanya.


Nadarajah yang juga merupakan bekas pemain bola sepak memberitahu bahawa dia melatih Thanabalan bermain bola sepak sejak dari sekolah rendah lagi.

"Ketika Thanabalan kecil, dia akan menendang apa juga objek yang ditemui terutama botol. Dia juga sering menghubungi saya selepas tamat perlawanan untuk beri pandangan mengenai aksinya di padang," katanya.

Mengulas mengenai jaringan Thanabalan, Nadarajah berkata dia sering menekankan kepada anaknya supaya menggunakan kepala untuk menjaringkan gol ketika bola diperoleh melalui sepakan sudut.

"Ternyata dia mendengar arahan apabila menjaringkan gol pada minit ke-87 malam tadi (Sabtu),"

Nadarajah juga berharap Malaysia mampu membenam cabaran Thailand pada Selasa ini sekaligus merangkul gelaran juara dan memenangi pingat emas.

Sumber : Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. TAHNIAH BOSS FOR SWIN888 PLAYER LUCKY DRAW WINNER ON 31 AUGUST 2017.
    NEW GAMES SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    SCR888 I LPE88 I JOKER123 I GW99 I SKY777 I SKY99

    ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    For More Detail About Us :
    Wechat / whatsapp
    bit.ly/60133026666
    SWIN888.BLOGSPOT.COM

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "