Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gegaran Misteri Bangunan Empat Tingkat

23 Ogo 2017
No Comment

Bangunan empat tingkat Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sungai Besi Indah, Kajang, bergegar secara mendadak pada 3.24 petang, semalam.

Gegaran yang dirasai menyebabkan pemberhentian sesi pengajaran dan pembelajaran ketika itu.

Seramai 300 orang pelajar termasuk guru dan kakitangan sekolah diarahkan mengosongkan bangunan itu selepas berlakunya gempa bumi yang turut punca kejadian.

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dan Kajang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Saharudin Abd Razak berkata, anggota bomba yang berada di lokasi kejadian turut merasai gegaran di bangunan itu dan mengarahkan semua penghuni keluar dari dalam bangunan demi keselamatan mereka.

“Gegaran berlaku dalam tempoh dua minit dan berlaku di setiap tingkat."

“Pemeriksaan dibuat mendapati wujud kesan rekahan kecil pada dinding bangunan. Bomba menasihatkan guru sekolah tidak menduduki bangunan itu sehingga diputuskan selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat,” katanya.

Tiada kecederaan yang dilaporkan berhubung kejadian tersebut.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "