Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gara-Gara Bunuh Kutu Atas Kepala Guna Spray Racun Serangga, 2 Beradik Maut, Kakak Dan Ibu Kritikal

29 Ogo 2017

Dua beradik maut selepas menggunakan racun serangga untuk menghapuskan kutu manakala ibunya dalam keadaan kritikal di Jawa Tengah semalam.

Dua kanak-kanak perempuan Qaulan Shakila, 9 dan Khamila, 4, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital manakala kakak mereka Klarissa, 12 serta ibunya Akhir Rutiyani, 35, berada dalam keadaan kritikal di Hospital Pandan Arang, Boyolali dalam laporan media dalam talian tempatan.

Empat beranak itu dikejarkan ke hospital selepas kelihatan pening dan muntah-muntah oleh seorang ahli keluarga mereka selepas menggunakan ‘ubat kutu’ di kepala.

Ubat kutu itu diterima daripada jirannya pada siang hari kejadian sebelum mereka menggunakannya pada waktu malam,” Kata Ketua Siasatan Jenayah Polis Residen Boyolali, Miftakul Huda.

Hasil siasatan mendapati ‘ubat kutu’ tersebut merupakan racun serangga jenis diazinon yang telah diisi di dalam botol pewarna pakaian.

Sumber-Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "