KUALA LUMPUR- Pengarah filem, Erma Fatimah sah bercerai talak satu dengan suaminya Badaruddin Azmi atau Bade, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini.
Suasana di dalam mahkamah bertukar sedih apabila pasangan itu bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri sebelum Bade melafazkan cerai.
Bade yang juga pengarah filem KL Menjerit dan Berlari Ke Langit, memfailkan permohonan cerai pada 10 Ogos lalu di mahkamah yang sama mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Bade, 53, dan Erma, 49, tiba di mhkamah secara berasingan. Bade tiba kira-kira 10.30 pagi dengan menunggang motosikal. Erma yang mengenakan jubah hitam pula ditemani adiknya, Betty Rahmad tiba pada jam 11 pagi.
Erma pernah memfailkan permohonan cerai selepas mendapat tahu Bade berkahwin lain, pada dua tahun lalu namun, menarik balik selepas itu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga selama 27 tahun pada 30 November 1991 dan mempunyai lima orang anak angkat.
Sumber- Berita Harian
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
BalasPadamminimal depo dan wd cuma 20 ribu
dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C