Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Buah Banyak Tak Masak, Penganjur Program Kendurian Ambil Keputusan Lelong Durian RM12 Sekilo

6 Ogo 2017

SHAH ALAM - Penganjur program 'Kendurian Makan Sampai Pengsan' mengambil keputusan untuk melelong kira-kira 15 tan buah durian selepas terpaksa menangguhkan program tersebut ekoran buah tidak masak.

Penganjur, Farid Hilmi, 26, berkata keputusan itu dibuat bagi mengelakkan kerugian yang teruk selain mendapat permintaan daripada pelanggan yang mahu buah itu dilelong.

"Kita telah beberapa kali cuba memeram buah ini, namun ia tidak masak sepenuhnya. Oleh sebab itu setelah berbincang dengan semua petugas kami membuat keputusan untuk melelong buah durian ini dengan harga RM12 sekilogram bagi menampung kos keseluruhan kira-kira RM200,000.

"Sebelum melelong, kami telah memberi penerangan kepada pelanggan bahawa durian ini tidak masak sepenuhnya. Kita tidak mahu timbul isu menjual durian tidak elok kepada pelanggan,"katanya sebagaimana lapor Kosmo!

Lelongan itu bermula pada jam 7 petang tadi sehingga buah itu habis atau sehingga 12 tengah malam sebelum program itu berakhir.

Sumber: Kosmo!
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. Permisi Ya Admin Numpang Promo | AJOQQ | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! | Kesempatan Menang Lebih Besar| pin bb : 58cd292c

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "