Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kalau Jumpa Jangan Segan, Jentik Jer Dahi," Antara 7 Tabiat Buruk Sering Dilakukan Rakyat Malaysia Yang Masih 'Tiada Ubat'

4 Ogo 2017
One Comment

Bila mana nak buat sesuatu, kita pasti akan fikir banyak kali, sama ada tindakan kita akan menyusahkan orang lain atau pun mengganggu pengguna lain. Dengan padanya pemikiran sebegini, ia sedikit sebanyak menjadikan kita seorang yang prihatin.

Dalam pada itu juga, untuk menjadikan seseorang itu bertanggungjawab, bertolak ansur dan hormati orang lain, apa salahnya kalu kita sendiri yang menunjukkan keperibadian berkenaan.

Kita mungkin tidak meminta orang mengikut akan apa yang kita lakukan, tetapi tindakan kita itu secara tidak langsung akan membuatkan orang tersedar, dan mula memperbaiki apa yang salah.

Sedar atau tidak, tingkah laku atau cara yang kita sering lakukan, yang mana telah menjadi tabiat, ia sebenarnya bukanlah tingkah laku yang baik. Ada ketikanya, ia nampak remeh, tapi boleh memudahkan dan membantu urusan orang lain, seperti 7 perkara yang dikongsikan oleh Khairul Yoi ini, di mana harus diperbaiki untuk menjadi rakyat yang lebih berintegriti dan bertanggungjawab.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

7 Ways To Be A Good Malaysian

Tahukah hangpa? Ada 7 perkara yang hangpa buleh buat untuk jadi ahli sorga di negara sendiri. Sekiranya hangpa mematuhi 7 perkara ini, ceritakan pada tuhan nanti bila hangpa mati, insyaAllah pahala hangpa tak sia-sia.

1. Resit bank


Pertama. Ini adalah bank. Bila hangpa tekan duit, kalau hangpa rasa tangan hangpa tak bleh nak kawal dari buang resit merata-rata, hangpa tekan button "NO" bila atm tanya hangpa "do you need receipt?". 

Tahukah hangpa bahawa dalam setiap bank disediakan tong sampah? Tong sampah tu kalau bukan untuk buang resit, adakah untuk sumbat kepala hangpa dalam tu? Bila atm tak sediakan resit, hangpa maki atm poharam, tapi bila dia bagi resit hangpa buang merata pulak. Plis, hindarilah perangai seperti ini.

P/s : kepada pihak bank, slain sediakan resit, tolong sediakan tisu bagi mereka-mereka yang sedih tengok baki dalam acc masing-masing.

2. Guna tandas


Kedua. Untuk jadi rakyat yang bertamadun, bila hangpa masuk tandas awam, cubalah beberapa teknik ini. Nescaya hangpa dah berjaya 10% menyelamatkan diri hangpa dari jadi rokyat yang zalim terhadap orang lain

i. bila hangpa dah berak, tolong flush sampai hilang segala sisa2 najis hangpa. Tak payah nak buat surprise sangat kat orang seterusnya.

ii. hangpa nampak tak tempat sangkut paip getah tu? Lepas guna paip getah, sangkut la balik awat hangpa ingat toilet tu toilet pak hangpa? 

Kalau takmau sangkut lain kali bawak getah paip sendiri la masuk public toilet. Bila takdak getah paip hangpa bising, dah ada getah paip hangpa buat perangai beruk pulak masing-masing tak reti sangkut balik kat tempat sangkut tu

3. Parking


Ketiga, parking. In case hangpa belum tau, kat semua parking dalam malaysia ni takdak cop nama hangpa. Jadi kalau nak parking, parking lah macam orang bertamadun. Sekiranya hangpa nampak ada sesiapa yang parking macam ni, hangpa tempek la k****m dan tulis besaq2, "please don't b***d".

4. Signal


Ini adalah signal ye tuan- tuan dan puan-puan. Setakat ni Hogwarts belum ada plan nak bina sekolah kat sini. Jadi hangpa jangan ingat kami semua ni ahli sihir bleh baca hangpa nak kona kiri ka kanan. 

Plus, masa hangpa beli kereta dulu, signal takdak pun juai asing-asing. Jadi apa salahnya hangpa gunakan signal bila nak kona. 

Selain tu, yang takmau masuk simpang tak payah la bagi signal wei, penat dok tunggu bila hang nak masuk simpang last-last tak masuk-masuk pon dejei betui.

5. Meja makan


Tuan-tuan dan puan-puan yang dirohmati sekalian, hangpa bila pi makan kat kedai makan, bawak-bawak la susun pinggan hangpa bagi kemas-kemas. Keja hangpa buleh pulak nak mudah, keja orang hangpa takmau mudahkan. 

Walaupun hangpa bayaq, tapi tak bermakna hangpa tak boleh bertolak ansur. Tak cantek la macam ni. Bagi yang tak pernah keja kedai makan hangpa taktau la betapa penatnya nak kutip pinggan mangkuk ni. 

Sekali sekala buang la perangai tak baik tu, susun pinggan mangkuk hangpa sendiri, bukan susah pon. Sekiranya hangpa jumpak manusia yang jenis susun pinggan bila makan kat kedai ni, ngoratlah beliau untuk dijadikan pasangan hidup.

6. Pasar malam


Ni satu lagi. Hangpa nak buat pasar malam ka, hangpa nak buat perarakan ka perayaan ka, hangpa jangan lupa diri pulak. Untuk pengetahuan hangpa, kedai-kedai runcit di negara kita ni ada juai "plastik sampah", dan kat merata ceruk negara kita ni ada "tong sampah". 

Sekiranya hangpa tak pernah guna dua benda magic ni, hangpa kena cuba. Kalau hangpa tak percaya hangpa try la. Mesti sampah-sampah ni semua hilang dan bersih. Hangpa tak percaya hangpa cuba try test tengok

Selain tu, hangpa kena jadikan tabiat, bila ada sampah kecik dengan hangpa walaupun plastik coklat, simpan dulu dalam poket, atau dalam beg. Balik rumah atau bila hangpa jumpa tong sampah, baru buang. InsyaAllah malaikat sebelah kanan duk puji hangpa 24 jam.

7. Pengangkutan awam


Akhir sekali, ni bukan benda baru. Kepada memakcik kakak-kakak, abang-abang, dalam LRT ka, MRT ka, any public transport ka, hangpa kena ingat satu saja. Ingatlah bahawa tuhan tak bagi hangpa cacat, hangpa cuma dikurniakan pungkok satu saja berserta dua kepingan daging. 

Jadi plastik-plastik hangpa, beg-beg hangpa semua tak perlukan tempat duduk ya. Bagilah orang lain pun merasa duduk sebelah hangpa, toksah dok buat prangai tamak sangat, nak kawai tempat kat hangpa sorang.

Begitulah 7 cara untuk hangpa menjadi rokyat yang berguna kepada negara. Sekiranya hangpa nampak ada manusia-manusia yang melanggar etika-etika ni, jangan malu jangan segan, jentik saja dahi beliau dan tunjuklah posting ni kepada beliau. Terima kasih.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "