Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Benarkah Jejaka Tampan Berbangsa Cina Alvin Chong Betul-Betul Solat dan Azan Ketika Berlakon

26 Ogo 2017
3 ulasan

Sebelum ini artis lelaki Alvin Chong ini pernah berlakon bersama-sama Fattah Amin dalam drama Suri Hati Mr.Pilot.

Beliau melakonkan watak Johan didalam drama bersiri itu yang mana sebagai seorang mualaf.

Namun pelakon tersebut berharap agar penonton tidak keliru dengan status agamanya sepanjang dia melakonkan watak sebagai seorang mualaf.

Kini beliau sekali lagi melakonkan watak mualaf dalam program realiti The House dan digandingkan juga bersama Fattah Amin yang akan disiarkan September ini.

Alvin juga terpaksa tinggal serumah dengan Fatah Amin untuk menjayakan program itu
.
Pelakon berbangsa cina itu mengakui pernah terfikir sekiranya aktor popular Fattah Amin itu seorang yang pembersih atau sebaliknya. Perkara itu terlintas difikirannya apabila dia dan Fattah Amin perlu tinggal serumah selama Sembilan hari penggambaran.

“Apabila dapat tahu saya perlu tinggal serumah dengan Fattah, benda pertama yang terlintas di fikiran adakah dia seorang yang pembersih?

“Adakah saya perlu tidur sekatil dan guna tandas yang sama dengannya? Sebab saya tak suka lantai basah selepas digunakan.

“Tapi nasib baik dia juga seperti saya dan tahu menjaga kebersihan. Jadi, tak ada masalah bab itu. Lagipun, saya mempunyai sedikit sifat Obsessive Compulsive Disorder (OCD),” katanya.

Rancangan realiti yang menjalani penggambaran di Hutan Belum, Perak itu akan mula disiarkan pada 20 September depan.

Kata Alvin, dia juga akan sibuk di lokasi penggambaran drama Awak Suka Saya Tak dan sekali lagi bakal membawakan watak mualaf.



Untuk watak ini juga, Alvin akui ada babak dia sedang solat, membaca al-Quran serta melaungkan azan dan berharap penonton tidak salah faham apabila menonton drama itu nanti.

“Watak kali ini lebih berat berbanding Suri Hati Mr Pilot kerana naskhah kali ini saya seorang mualaf yang masuk Islam dengan sendiri.

“Banyak babak saya kena solat dan azan tetapi babak itu akan dialih suara. Jadi, saya harap penonton tidak salah faham dengan apa yang saya lakukan,” katanya.

Penjelasan yang dibuat oleh pelakon ini adalah untuk mengelakkan berlaku sekali lagi kontroversi seperti sebelum ini ketika dia berlakon didalam drama bersiri Suri Hati Mr Pilot.


Melalui drama ‘Awak Suka Saya Tak’, Alvin memegang tanggungjawab yang lebih besar dengan membawa peranan hero di samping Emma Maembong. Drama itu juga dijangka akan disiarkan pada bulan Oktober depan.



Sumber : Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  3. TAHNIAH BOSS FOR SWIN888 PLAYER LUCKY DRAW WINNER ON 31 AUGUST 2017.
    NEW GAMES SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    SCR888 I LPE88 I JOKER123 I GW99 I SKY777 I SKY99

    ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    For More Detail About Us :
    Wechat / whatsapp
    bit.ly/60133026666
    SWIN888.BLOGSPOT.COM

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "