Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anggota Tubuh Badan Milik Mangsa Nahas Pesawat Lebih 50 Tahun Lalu Ditemui

1 Ogo 2017
One Comment

Anggota tubuh badan milik penumpang pesawat Air India yang terhempas di Alps Perancis kira-kira lebih 50 tahun ditemui.

Menurut sumber, serpihan anggota tubuh badan seperti tangan dan kaki yang ditemui itu dipercayai milik penumpang daripada salah satu nahas kapal yang terjadi pada 1950 dan 1966 di pergunungan itu.

Daniel Roche yang merasa teruja untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kapal terbang yang terhempas disitu gemar meluangkan masa untuk mencari serpihan sisa mayat di Glasier Bosson sehinggalah dia menemui anggota tubuh badan milik mangsa nahas pesawat disitu.

"Saya tidak pernah menjumpai sebarang sisa mayat sebelum ini tetapi kali ini saya menemukan tangan dan sebahagian kaki," jelasnya.


Menurut Roche, anggota tubuh badan yang dijumpainya itu kemungkinan milik seorang wanita dan bukanlah dari orang yang sama.

Roche juga menjumpai sebuah enjin milik salah satu pesawat yang terhempas .


Nahas pesawat pertama terjadi pada tahun 1950 yang menyebabkan seramai 48 penumpang maut. Bagaimanapun, nahas kedua terjadi pada tahun 1966 telah meragut nyawa 117 penumpang.

Sumber - Metro Co UK










Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "