Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

8 Cara Untuk Kembalikan Warna Putih Pakaian, Tanpa Perlu Guna Peluntur Untuk Elak Pakaian Rosak

18 Ogo 2017
2 ulasan


Membasuh pakaian sudah menjadi rutin harian kita, jika bukan setiap hari, mungkin dua hari sekali, atau pun seminggu sekali, buat yang bujang dengan hantar pakaian ke dobi.

Bagi yang ada anak-anak pula, nak membasuh baju sekolah mereka terutamanya pasti berikan cabaran yang lebih, kerana kesan kotoran degil, pada bahagian leher, lengan, atau pun akibat kotoran bermain.

Nak tak nak, terpaksa jugalah guna peluntur untuk hilangkan segala kotoran yang ada, tapi, bila dah lama-lama baju mula mereput sebab terlalu kerap dibasuh dengan peluntur.

Terpaksa beli baju yang baru nak gantikan semula.

Tapi, untuk elakkan perkara sedemikian berlaku lagi, boleh cuba amalkan 8 cara ini, untuk mengembalikan warna putih pada pakaian.

Kotoran yang melekat pada pakaian anak-anak memang memeningkan kepala buat ibu, nak guna peluntur tapi risau pula warna akan pudar atau pun paling teruk mudah untuk mereput. Habis, macam mana nak buat?

Dengan cuba amalkan 8 cara ini, ia mungkin boleh membantu mengembalikan warna putih kemeja atau baju anak-anak.

Foto: thespruce

1. Asingkan daripada pakaian lain

Jika boleh cuba elakkan untuk mencampur pakaian putih dengan pakaian berwarna gelap, tuala, dan cadar, sebab ia boleh pengaruhi pakaian warna putih. Akibatnya baju akan nampak lebih kusam.

2. Asingkan ikut material

Bukan asingkan ikut warna sahaja, tetapi perlu juga untuk diasingkan setiap pakaian mengikut material tertentu, seperti:

- Acetates boleh digabung bersama acrylic

- Line boleh dibasuh bersama kain kapas

- Wool tidak boleh bercampur dengan mana-mana material

- Delicate perlu dicuci tangan

Foto: pinterest
3. Rendam air suam

Sebelum buat cara ini, tengok dahulu label pada pakaian, sama ada boleh gunakan air panas atau tidak. Sekiranya boleh, rendam baju putih dengan air suam, kerana ia salah satu cara terbaik untuk pakaian berwarna putih. Kemudian baru cuci dengan sabun biasa.

Foto: acupuncture


4. Guna jus lemon atau cuka

Banyak agen pemutih yang ada dijual di luar sana, tapi sekiranya tidak mahu gunakannya, boleh cuba gantikan dengan bahan semula jadi seperti jus lemon, cuka putih (1 cawan) atau hydrogen peroxide (3%). Bahan ini akan menjadikan pakaian putih kembali putih.

Caranya: Tuang ½ cawan jus lemon ke dalam mesin basuh/baldi. Kemudian jemur di bawah cahaya matahari, ini kerana sinaran ultraviolet membantu mengembalikan warna putih pada pakaian.

5. Periksa mesin basuh

Tengok mesin basuh, cuba cuci sekiranya telah lama tidak dilakukan, ini kerana saki baki kotoran dari basuhan pakaian terdahulu boleh melakat pada pakaian putih.

BACA: Tahukah Anda Mesin Basuh Anda Juga Perlu Dibasuh? Bagaimana? Ikuti 4 Langkah Mudah Ini

6. Elak cuci dengan air sejuk

Sebaiknya tidak membasuh baju dengan air sejuk, ini kerana kandungan mineral dalam air sejuk memudahkan kotoran melekat pada pakaian. Kalau nak putihkan baju, kena pastikan suhu air yang elok.

7. Jauhi klorin

Bahan kimia seperti 'chlorine bleach' boleh menyebabkan baju putih nampak seperti warna kuning.

Foto: bbc

8. Elakkan tempat redup

Jangan jemur baju putih di tempat redup yang jauh dari sinaran cahaya matahari terik, kerana ia boleh menyebabkan warna putih nampak kusam.

Pakaian putih perlu sentiasa dijemur di bawah sinar matahari, kerana sinar matahari terbukti mampu mencerahkan warna putih dan beri aroma segar pada pakaian.

Bolehlah cuba ikuti perkongsian kali ini, yang mana kurang berminat untuk gunakan peluntur takut baju cepat rosak. Ada banyak cara yang boleh diikuti, boleh ikut pada kesesuain dan keselesaan. –Siakap Keli

BACA: Majalah Keluarga
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "