Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Jumpa 18 Biji Pemetik Api, 3 Batang Sudu Besi, Duit, Paku Payung, Garpu Dan Pelbagai Lagi Dalam Perut Seorang Lelaki

31 Jul 2017
3 ulasan

Jember, Jawa Barat: Sepasukan doktor bedah yang terdiri daripada lapan orang terkejut besar apabila menjumpai pelbagai barangan merbahaya ada di dalam perut dan usu seorang lelaki yang mereka bedah.

Dalam operasi pembedahan itu, mereka telah menemui 18 biji pemetik api, sudu, sekeping wang 20rp, 3 batang sudu sepanjang 15 sentimeter, dua biji bateri, dua batang kayu asi krim, dan pelbagai lagi.

Pakar bedah Rumah Sakit DR. Subandi, Dr. Samsul Huda berkata, dia dan pasukannya berjaya mengeluarkan kira-kira 52 benda asing dari perut seorang lelaki bernama Hendro Wijatmoko berusia 30 tahun yang berasal dari sebuah perkampungan di daerah ini.

Selain itu turut dijumpai juga adalah sebatang picagari tanpa jarum sepanjang 5 sentimeter, 5 unit paku payung, dua bungkusan plastik, sebilah garpu logam kecil, 5 keping duit siling 200rp yang dilekatkan menjadi satu dan sekeling syiling 500rp.

"Operasi telah bermula kira-kira tiga jam bermula 11 pagi hingga 2 petang, kami terpaksa menggunakan gambar x-ray sebagai panduan, selain terpaksa menyeluk tangan untuk meraba benda asing kecil dan akhir sekali memasukkan alat pengesan kerana risau ada logam kecil tertinggal."

"Bagaimanapun tiada organ penting dalam badan beliau rosak atau luka akibat benda asing ini di dalam perutnya, itulah hebatnya usus, kadang-kadang benda tajam pun jarang melukaknya," kata Dr Samsul.

Menurut beliau, kebanyakkan yang ditelan oleh Hendro adalah berangan logam di mana lokasi barang-barang ini berselerakan di dalam perutnya menyebabkan mereka perlu berhati-hati ketika pembedahan.

Hendro merupakan seorang nelayan, dia telah mengadu mengalami sakit perut yang teramat kepada abangnya, Haryanto, dia kemudiannya telah dibawa ke hospital untuk tujuan pemeriksaan.

Menurut abangnya, Hendro sebenarnya mempunyai masalah mental dan pernah dirawat disebuah hospital sakit jiwa di daerah itu.

"Dia akan menelan pelbagai benda keras selepas mendengar 'arahan' daripada satu suara bisikan yang hanya boleh didengarinya," katanya. - Siakapkeli.my








Sumber: Kompas
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "