Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Trend Pekerjaan Masa Kini Yang Boleh Jana Pendapatan Tinggi Setiap Bulan, Jadi Ikutan Generasi Millennial

15 Jul 2017
2 ulasan

Melakukan kerja sambilan adalah salah satu cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan pendapatan sampingan, yang mana secara tidak langsung mengukuhkan atau menstabilkan kembali kewangan bulanan.

Ramai di antara kita yang mula melakukan kerja sambilan, tetapi lama-kelamaan menjadikan kerja sambilan itu sebagai salah satu mata pencarian tetap, oleh kerana banyaknya permintaan pada masa kini.

Terdapat beberapa pekerjaan, yang mana ianya boleh dipanggil sebagai ‘pekerjaan millennial’ kerana bersesuaian dengan peredaran masa terkini, serta anak muda. Menerusi perkongsian dari saudara Hasrullah Azrulkhan ini, empat pekerjaan ini antara yang sudah mula berkembang dalam kalangan masyarakat.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


"Ko keje apa Sudin? "

"Pemandu Uber, mak ngah"
"Ape Ber?"
"Uber mak ngah"
"Ape kebenda tu? boleh buat duit ke? Nape tak keje gomen je, kan senang." Leter Mak Ngah.

Sebelom pulang, Sudin menghulurkan duit belanja sebanyak RM 1k pada Mak Ngah nya lalu Mak Ngah tidak lagi menyoal Sudin berkenaan kerja dia.

=====================================
Hasil dari kepesatan teknologi (Technovation) sekarang, memberi peluang wujudnya bidang kerja yang baharu.

Kebanyakan kita, yang bukan dari kalangan lahir selepas tahun 2000 (Gen. Millennial) tidak begitu arif dengan mereka yang memilih pekerjaan baru ini sebagai sumber menjana pendapatan.

Antara pekerjaan Millennial yang sudah mendapat pasaran dalam ekonomi malaysia adalah:

1. Pemandu Grab/Uber (Grab/Uber Driver)

Monthly income mereka ini boleh mencecah antara RM 2000- RM 4000, untuk mereka yang bekerja secara Full Time (FT). Bagi yang Part Time (PT) pula, RM 800 - RM 1500 sudah boleh masuk dalam poket mereka. Namun, anggaran hasil ini boleh mencecah lebih dari itu, bergantung kepada jenis pelaggan, tempat dan usaha. Bacaan lanjut.

2. Content Creator.

Content creator (CC) ni adalah umum namun yang paling banyak mendapat sambutan adalah Youtuber.

Antara Youtuber yang terkaya dan terkenal adalah Pewdiepie yang menghasilkan pendapatan sebanyak RM 64,38,6750.00 setahun.

Youtuber biasa boleh menjana pendapatan dari RM 400- RM 3000 sebulan bergantung kepada 'view' pada video content. Bacaan lanjut.

3. Social Media Business Owner.

Kewujudan mereka ini sudah sedia maklum, malah ada di antara mereka yang dianggap sebagai selebriti.

Pendapatan yang boleh dihasilkan melalui business dalam social media ini boleh mencecah RM 2000- RM 5000 bagi yang FT dan bergantung juga pada produk.

Ada juga yang membuat PT sebagai Stokis dan Dropshipper, yang boleh menjana RM 200- RM 1500 sebulan bergantung pada usaha dan jenis produk. Bacaan lanjut.

4. Paid Review Advertiser.

Mereka ini menjana pendapatan berdasarkan kepopulariti mereka. Luqman podolski adalah salah seorang dari mereka.

Jangan terkejut, mereka ini mampu menghasilkan RM 1000- RM 5000 berdasarkan kepopulariti mereka. Bayangkan setiap produk yang mereka iklankan, dapat komisyen mencecah 10% hasil jualan produk yang mereka iklankan.

Dan ada yang mencecah lebih dari anggaran tersebut.

====================================

Banyak lagi pekerjaan baru yang terhasil dari kemajuan Technovation sekarang. Point kepada status ini bukanlah pada angka pendapatan mereka tetapi sekadar ingin mendedahkan kepada semua tentang pekerjaan baharu ini.

Mungkin ada di antara kita yang masih tak tahu, dan sedang mencari cara untuk menjana pendapatan, boleh lah cuba.

Di negara kita, pekerjaan ini mungkin masih baru lagi, orang tanya pun pasal kerja kita ni, terkelip-kelip biji mata.

Apa- apa pun, ingatlah, keberkatan rezki itu lebih penting dari jumlah yang anda dapat.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "