Jika pergi ke pasar malam atau pasaraya, pasti banyak buah-buahan yang dijual, dan ia kelihatan sangat mengiurkan.
Kalau dilihat pada luaran, nampak seperti sudah masak dan manis, tapi, bila sudah sampai di rumah, dipotong untuk dimakan, rasanya tawar, dan tidak begitu berjus.
Ia sering terjadi pada buah yang dibeli sebiji terus, seperti buah tembikai susu, yang mana tidak dapat dilihat pada bahagian isinya.
Untuk elakkan perkara sebegitu berlaku lagi, Nurul Fazrena Kamal telah kongsikan petua untuk memilih buah tembikai susu yang manis. Cara ini telah digunakannya setiap kali ingin membeli buah, terutamanya tembikai susu.
Jom kita ikuti perkongsian darinya.
Suka honeydew?
Kami suka. Bukan honeydew je, kami suka buah. Potong kecik- kecik, simpan dalam tupperware, bawak masuk fridge. Makan sejuk-sejuk, besttt awak! Bagus dijadikan snack sihat seisi keluarga.
Harini, Ena nak share tips yang selalu Ena buat kalau nak beli buah honeydew.
Tangkai
1) Bau di bahagian tangkainya
Ada bau manis dan fresh tak? Kalau ada, amek. Kalau takde, yok kita move on bau buah honeydew yang lain pulak. Bila ada bau tu maksudnya dah masak tu.
Kulit
Kulit
2) Tidak berkilat
Kulit. Tengok kulit dia, shining tak? Kalau berkilat licin, letak. Cari yang lain. Cari yang kulitnya nampak dull, sebab kalau berkilat biasanya kerana di petik sebelum ianya masak. Atau belum masak lagi tu. Muda.
3) Warna kulit
3) Warna kulit
Kulit lagi. Ada tak nampak macam brown spot. Kawasan coklat-coklat tu, macam dalam gambar Ena letak tu. Ha, pilih buah yang ada tanda macam ni ya. Lagi besar tanda tu lagi bagus.
Selalu kita tak pilih kan, sebab nampak buruk je, tapi sebenarnya itulah penanda buah yang manis. Tak kan nak buah juicy je kan tapi tawar, mestilah nak yang juicy lagi maniss gitu.
Brown spot ni tanda lebah dah pernah datang pada bunga buah ni.
Brown spot ni tanda lebah dah pernah datang pada bunga buah ni.
Saiz & Berat
5) Lebih 'juicy'
Cuba pegang buah tu, dan agak-agak berat buah tu sesuai tak dengan saiznya? Pilih buah yang 'eh saiz ko macam ni je, awat berat kemainn nih?'.
Buah yang beratnya macam terlebih berat berbanding saiz ni maksudnya isinya juicy awak.
Goncang
Goncang
6) Goncang buah tu
Slow je, jangan sampai tercampak pula! Dengar, ada bunyi tak? Jika ada bunyi sikit, tu tanda dah ranum dan mekar. Bunyi bijinya tu, dah mulai lekang.
Ha. Macam ni la caranya kalau nak pilih buah honeydew yang masak, juicy lagi manis. IAllah.
Selamat mencuba!
- Siakap Keli
BACA: Tips Mudah Nak Pilih Ikan Segar di Pasar Sebelum Beli
Ha. Macam ni la caranya kalau nak pilih buah honeydew yang masak, juicy lagi manis. IAllah.
Selamat mencuba!
- Siakap Keli
BACA: Tips Mudah Nak Pilih Ikan Segar di Pasar Sebelum Beli
Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
BalasPadamIni pin bbmnya 5ee80afe :D
yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
BalasPadamadd pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0