Apa yang boleh dilakukan adalah dengan bersikap lebih berhati-hati dan bertawakal setelah buat yang terbaik.
Seperti yang kita tahu, kaum wanita sering menjadi mangsa mudah buat penjenayah, lagi-lagi ketika bersendirian.
Mungkin ada ketikanya sewaktu berjalan, memandu, di dalam lif sekali pun, peluang untuk jenayah berlaku lebih cerah, bagi yang bersendirian.
Menerusi perkongsian dari saudara Azidy Abdul Hadi, perkongsiam mengenai situasi yang mungkin boleh berlaku kepada wanita ini, boleh dijadikan sebagai panduan, untuk menyelamatkan diri.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Sorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam. Dia sorang diri, tiba-tiba ada sorang laki tak dikenali nak naik sama. apa nak buat?
Jawapan Pakar: Setelah berada dalam lif, katakan anda hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat.
Ada lelaki berjaya pecah rumah yang kebetulan time tu perempuan tu sorang je kat rumah. apa nak buat?
Jawapan Pakar: LARI KE DAPUR! ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan, dan kedudukan pinggan dan pisau.
Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda. Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda!
Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!
SITUASI 3
Tengah dok jalan-jalan kat satu laluan tiba-tiba rasa macam ada sorang mamat follow dari belakang. apa nak buat?
Jawapan Pakar: UBAH HALUAN! Ubah haluan jalanan anda secara tiba-tiba, samada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran.
Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus - ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan anda, dan memungkinkan mereka untuk berputus asa lalu mencari mangsa lain.
Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit, "Apa yang kau nak?!" dengan suara yang paling kuat dan garang! Ianya berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian besar penyerang.
Katakanlah kann.. baru sampai dari kl ke jb. waktu tu dah malam. call boypren tak angkat.. famili takde kereta nak amek.. so terpakse ler naik teksi. tengok muka dreba teksi tu semacam jek. teksi lain takde dah. apa nak buat?
Jawapan Pakar: Sebelum menaiki sebuah teksi pada waktu malam, pastikan anda mencatat butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada bahagian belakang.
Kemudian hubungi keluarga atau rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami.
Jika tiada siapa menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang kononnya anda sedang berada dalam satu perbualan telefon. Hal ini membuatkan pemandu tahu yang ada orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya, dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam masalah besar!
Ini membuatkan pemandu teksi tersebut tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju dengan selamat.
SITUASI 5
SITUASI 5
Oklah. dah amek no plate teksi, nama pemandu pun dah catat. buat-buat call famili pun dah. tapi dreba teksi tu buat hal jugak! die tukar direction ke arah lain. nak masuk jalan hutan kot! apa nak buat?
Jawapan Pakar : Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dari belakang! Dalam masa beberapa saat , dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya anda tidak mempunyai beg tangan bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku.
p/s : sebarkan! Share pada wanita yang anda sayangi
*sebelum keluar rumah, baca ayat kursi. in sya Allah akan ada 70000 malaikat yg akan melindungi perjalanan kita.
- Siakap Keli
mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
BalasPadamKontak bbm 5EE80AFE :D
Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0
BalasPadamseger4 d4ftar kan diri and4 di #ionQQ# invite pin bb#58ab14f5
mari bermain bersama kami di ION QQ
BalasPadambanyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
pin BB 58ab14f5.