Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hantar ‘Location’ Dengan Hanya Goncang Telefon, Aplikasi Ini Bantu Dapatkan Bantuan Ketika Kecemasan

18 Jul 2017
3 ulasan

Sekiranya rasa diri seperti diekori seseorang, atau berada berdekatan dengan individu yang mencurigakan, pastinya persediaan untuk mempertahankan diri harus ada, lebih-lebih lagi buat wanita.

BACA: Tip Untuk Pertahankan Diri Buat Wanita Ketika Bersendirian, Elak Jadi Mangsa Penjenayah

Jika cara yang dilakukan tidak berkesan, dan diri dibawa oleh penjenayah ke satu kawasan yang tidak diketahui dengan paksaan, tanpa dapat mempertahankan diri. Apatah lagi untuk membuat panggilan kecemasa dan menghantar mesej.

Apalah tindakan pantas yang boleh dilakukan tanpa diketahui oleh penjenayah?

Dengan kecanggihan teknologi dan banyak aplikasi telefon pintar yang ada, pastinya ada sesuatu yang boleh digunakan. Menurut perkongsian dari Salwani Ibrahim, aplikasi telefon pintar ini, mungkin boleh menyelamatkan anda ketika berada dalam situasi tidak diingini.

Jom kita lihat macam mana nak gunakan aplikasi tersebut.

APLIKASI KHAS UNTUK KESELAMATAN WANITA YANG KELUAR SEORANG DIRI.

Sekarang ni tengah hangat viral isu perempuan dirompak dekat parking kereta, yang cubaan raba dan rogol ditandas awam.

Saya teringat yang saya ada install satu aplikasi ni, aplikasi ni sebenarnya disarankan oleh suami saya Faqimi Fauzi, hasben saya ni suruh saya pakai apps ni.. Terima kasih ye bang..

Fungsi utama aplikasi ni adalah untuk menyelamatkan korang disaat korang kecemasan atau diganggu oleh 'Pervert' di mana-mana tempat. Sangat-sangat membantu apabila korang didalam kecemasan

Nama apps ni Shake2Safety - Personal Safety.

Apa yang bagusnya apps ni ialah, kita hanya perlu goncang/shake HP kita.. Dan seterusnya akan sampai satu mesej kepada no hp suami yang memberitahu lokasi terkini kita beserta link google maps beserta koordinat dengan tepat.

Boleh lihat dibawah cara nak install apps ni di telefon korang..

TOLONG #SHARE & #TAG kawan-kawan di post ni untuk membantu mereka di luar sana yang belum tahu kewujudan apps ni..

Terima Kasih!!

1. Korang boleh search di Google Play Store: Shake2Safety - Personal Safety.


Ataupun klik sini: https://goo.gl/ofgwAU

Klik install apps ni.. Tak berat pun.. Dalam 2mb jer.

Yang sayangkan data tu tak perlu risau sbb app ni ringan jer..

2. Masukkan nombor untuk kecemasan


Nanti bila dah siap install app ni, ia akan suruh kita masukkan nombor untuk emergency contact samada ia akan auto CALL atau MESSAGE bila kita shake hp kita nanti..

Setakat ni kita boleh set 1 nombor kecemasan sahaja..

Tapi yang ada suami tu set la nombor hp suami, jangan set no hp skandal korang pulak.. :*

3. Tetapkan 'sensitivity'


Haa.. Part ni penting sikit..

Korang klik bucu kanan atas akan keluar macam dlm pic ni..

klik sensitivity, korang letak dalam angka 12 ataupun 15.. Sebab default dia dah letakkan angka 8.

Ni penting sbb kalau korang rendahkan angka, ia akan sensitif.. Mean, klu tergoncang sikit jer hp, ia akan terus hantar message emergency location kat hasben korang..

So, better letakkan angka 12 ataupun 15 dah okay.. Tak terlalu sensitip.

Bawah sekali korang klik activate Shake Detection utk aktifkan fungsi Shake Shake uolss.. Haha..

Kalau nak activate yang power button pun boleh, nanti cuma perlu picit power button 4x utk send emergency message..

4. Mesej yang akan dihantar dan diterima oleh suami/keluarga


Ini adalah contoh emergency message yang akan sampai kat hp hasben korang..

Ia lengkap dengan coordinate dan link google maps yang menunjukkan lokasi terkini korang berada..

Serius, korang.. Ianya sangat-sangat membantu kita bila keluar seorang diri dan bila diganggu oleh orang yg tidak dikenali..

Last sekali, belanja la #SHARE sikit atas usaha hakak bagi info ni kat korang..

Paling Penting..

p/s: Boleh ADD & FOLLOW saya ( Salwani Ibrahim ) utk tip-tip berkenaan keselamatan wanita yg lain..

Sebagai langkah berjaga-jaga, apa salahnya kita ‘download’ aplikasi ini. Kita pun tak tahu apa akan jadi nanti, walau apa pun, moga kita dijauhkan dari perkara yang tidak diingini. - Siakap Keli



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam
  2. Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0

    seger4 d4ftar kan diri and4 di #ionQQ# invite pin bb#58ab14f5

    BalasPadam
  3. mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "