Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiga Lelaki Buat 'Rumah' Di Bawah Pohon Durian Ditemui Maut Disambar Petir

24 Jul 2017
One Comment

RAUB: Tiga orang lelaki warga asing maut dan ditemui dalam keadaan bertindih antara satu sama lain selepas dipercayai disambar petir dalam sebuah kebun durian di Sungai Pertang di sini, Khamis lalu, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kesemua mangsa disyaki warga Indonesia itu ditemui orang awam dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi.

“Kesemua mangsa Nor, 40; Amat, 40 dan seorang lagi yang masih belum dikenali dijumpai di kawasan seperti khemah kanvas yang dipercayai dijadikan tempat tinggal dan terdapat kesan melecur dipercayai kesan terbakar akibat panahan petir pada belakang badan mereka.

“Khemah kanvas itu didirikan di bawah pokok durian dan pokok itu mempunyai kesan seperti terbelah dari atas ke bawah dipercayai juga akibat panahan petir,” katanya kepada Sinar Harian.



Kebun seluas kira-kira 2.8 hektar itu dimilik oleh seorang lelaki berbangsa Cina terletak hampir 200 meter dari jalan utama.

“Siasatan awal, ketiga-tiga mangsa tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mereka bekerja di tempat lain serta menggunakan lokasi kebun itu sebagai tempat tidur.

“Saksi-saksi terdiri daripada warga Indonesia lain yang tinggal berdekatan dengan lokasi kejadian akan dikesan bagi mendapatkan keterangan mengenai butir diri ketiga-tiga mangsa termasuk keterangan pemilik kebun tempat kejadian," katanya.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Raub untuk dibedah siasat dan pihaknya juga akan menghubungi keduataan Indonesia bagi urusan pengurusan jenazah dan mendapatkan butir-butir lengkap maklumat mangsa. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "