Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tak Sangka Dapat Bayaran Balik RM14k, Wanita Kongsi Cara Tuntut 'Wang Tak Dituntut' Di Jabatan Akauntan Negara

19 Jul 2017
3 ulasan

Sejak kecil hingga kini, kita pasti telah beberapa kali membuat akaun bank sama ada untuk menyimpan duit atau pun atas faktor kerja.

Mungkin ramai di antara kita yang mempunyai lebih daripada dua kad bank, yang mana ada beberapa daripadanya sudah lama tidak digunakan dan akaun telah ditutup.

Katakan anda mempunyai 3 akaun yang tidak aktif, tanpa menggunakannya, dan di dalamnya mempunyai minimum RM50, jadi, takkan nak biar duit macam itu saja, RM150, banyak tu.

Sebenarnya, jika diikutkan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia, terdapat satu bahagian yang dikhususkan untuk perkara seperti ini, iaitu Wang Tak Dituntut.

Pertama sekali, kita ketahui terlebih dahulu akan apa yang dimaksudkan dengan Wang Tak Dituntut.

1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:

o gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;

o dividen;

o keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;

o tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;

o draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;

o simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;

o cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.

o Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:

o akaun simpanan;

o akaun semasa;

o Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).


3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.

o akaun pemiutang dagangan

o akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Berdasarkan maklumat di atas, jadi bolehlah kita menuntut kembali baki wang yang ada dalam akaun, dengan syarat mengikut apa yang telah ditetapkan.

Menerusi perkongsian dari Pn Idah Bt Basri ini, beberapa akaun bank yang ada telah lama tidak digunakan, dan Pn Idah telah menuntut kembali wang tersebut. Tanpa sedar, rupa-rupanya ada banyak baki yang ada dan diperolehi dari syarikat insurans juga.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Salam semua. Nak bagi tau kalau sesiapa ada akaun-akaun bank lama yang dah terbiar atau tutup tapi masih ada duit di dalamnya, sebenarnya uoll boleh claim balik. Even rm20, 30 ringgit diorg akan pulangkan pada kita.

Just bawa ic ke Pej. Pendaftar Wang Tak Dituntut di Tingkat 42 Menara Maybank.

Kalau tak pasti just bagi ic diorg cek dan akan diberitahu ada duit untuk dituntut atau tidak. Jika ada kena isi borang seperti yang diarahkan.

Kakyu tak sure yang dapat tu duit apa. Yang tau duit dari Citibank kredit card dan ada diantaranya duit dari syrikat insurance. Kakyu selama ni tak sedar pun syarikat insurance ada bank in kan duit dalam akaun. Akaun tu dah berzaman tutup.

Pergi jangan tak pergi..kena rajin dan usaha sikit haa tu ha dapat rm14k beb!!!

- Siakap Keli



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam
  3. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "