Begitu juga dengan penghuni di pangsapuri atau bangunan strata, yang mana kucing-kucing yang tidak mempunyai tuan ini akan buang air di kawasan koridor. Ada ketikanya membuatkan pemilik rumah membuat laporan, dan pihak pengurusan terpaksa menangkap mereka.
Mungkin sudah membuat pelbagai cara, dengan meletakkan botol minuman, atau sembur pewangi di kawasan yang sering menjadi ‘port’ buang air buat kucing ini, tapi masih gagal membuatkan kucing-kucing ini dari buang air di kawasan itu.
Tapi, menerusi cara yang digunakan oleh saudara Osman Affan ini, dengan bajet hanya lebih kurang RM6, ia dilihat agak berkesan, dan mampu bertahan agak lama.
Mari kita lihat apakah cara yang dilakukannya.
Sudah banyak petua kami cuba. Siram minyak gas, curah klorox, beli gel khas daripada kedai kucing, sembur febreez, tabur garam, sumpit kucing..... macam-macam caralah...!
Sayang, tidak menjadi. Entah macam mana, minggu lepas, terjumpa benda alah ni kat Daiso Aeon. Cuba beli dan letakkan dekat lokasi biasa tu.
Bahan tu pun nampak masih kekal utuh walaupun sudah 4 hari berpanas berhujan. Katanya boleh tahan lebih sebulan.
Hihi... macam ejen penjual produk Daiso pulak rasanya. Tapi kalau ada mana-mana sahabat yang hadapi masalah macam saya dan belum jumpa solusinya, mungkin boleh cuba.
Selepas ini, kawasan tanaman di rumah, laman, koridor, mahu pu tempat parking mungkin tidak akan mempunyai bau najis kucing lagi. Moga-moga cara yang dikongsikan ini dapat beri keselesaan kepada kita kelak. – Siakap Keli
BalasPadamjoin yuk di www.arenadomino.com
minimal depo dan wd cuma 20 ribu
dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games