Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Padah Jual Motosikal Kepada Rakan Secara Sambung Bayar, Wang Pencen Bapa Dipotong RM370 Setiap Bulan

26 Jul 2017
2 ulasan

Menjual motorsikal tanpa menukar nama pemilik menjadi pengajaran buat seorang pensyarah di Kuala Lumpur.

Menurut Muhammad Hafizi Abdullah, 29, motosikalnya jenis Duke 200 telah dijual kepada kawannya, Januari tahun lalu.

Pada mulanya, Muhammad Hafizi mengatakan di tidak berdepan dengan sebarang masalah dan mempercayai rakannya akan membayar motorsikal tersebut secara bulanan.

Bagaimanapun, masalah mula timbul apabila bapanya menyemak baki simpanan wang pencennya di dalam bank. Wang pencen bapanya akan berkurang sebanyak RM370 sebulan.

"Rupanya , motosikal tersebut tidak dibayar dalam tempoh tujuh bulan," ujarnya.

Disebabkan masalah itu, dia mendapatkan kepastian dari rakannya dan penjelasannya amat mendukacitakan.

"Rupanya , kawan saya jual motosikal itu kepada orang ketiga tanpa pengetahuan saya.

"Saya buat keputusan mengambil semula motosikal tersebut daripada pihak ketiga dan dia berjanji untuk menyelesaikan wang pencen bapa ," katanya.

“Apa yang berlaku menjadi pengajaran berguna buat saya. Tidak salah untuk sambung bayar tetapi pastikan kenderaan anda dijual pada individu yang rapat dan dikenali.

“Tujuannya, jika berlaku masalah di kemudian hari, mudah untuk kita menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

Sumber - Sinar Harian


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. join yuk guys di areatoto.com
    ada games seru lo di sini guys
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "