Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Murid Sekolah Rendah Berjaya Raih Pingat Emas Dalam Pertandingan Kreativiti Rekacipta Dunia (WICC) Di Korea Selatan

31 Jul 2017
3 ulasan
        MUHAMMAD Danish Syafi Mohd Azdikirana, 12 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putra,            Kangar bersama guru pengiring menunjukkan ciptaan 'Solar Cat Feeder' yang menjadi juara
 di   Pertandingan Kreativiti Rekacipta Dunia (WICC) di Seoul, Korea, semalam. 

Seorang pelajar lelaki dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putra, Kangar berjaya meraih pingat emas dalam Pertandingan Kreativiti Rekacipta Dunia (WICC) keenam di Seoul, Korea Selatan, semalam dengan alat ciptaannya yang dikenali sebagai 'Solar Cat Feeder'.

Alat Pemberi Makan Kucing Solar ciptaan Muhammad Danish Syafi Mohd Azdikirana, 12, itu menewaskan wakil dari 20 negara lain yang turut bertanding dalam kejohanan itu.

Muhammad Danish memberi kenyataan bahawa dia juga seorang pencinta haiwan oleh itu ciptaan terbabit adalah ilham dalam usaha memastikan kucing peliharaan sentiasa terjaga rapi.

"Hasil perkongsian idea bersama bapa, saya mencipta sebuah kotak makanan yang disambungkan kepada litar kawalan elektrik, alat pengimbas dan panel solar sebagai bekalan tenaganya.

"Alat ini mendapat tempat di hati juri kerana ia mampu menyelesaikan masalah utama pencinta kucing yang buntu memikirkan cara untuk memberi kucing mereka makan seharian sekiranya mereka tiada di rumah," lapor Berita Harian.

Jelas Muhammad Danish lagi, 'Solar Cat Feeder' tidak memerlukan jumlah tenaga manusia untuk mengendalikannya kerana alat itu hanya bergantung kepada sumber tenaga solar.

Melalui kejayaan yang dikecapinya, Muhammad Danish Syafi menaruh harapan agar ada pihak yang sudi menaja dana bagi tujuan pengkomersialan ciptaannya itu.

Sumber- Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "