Nak tahu bagaimana air kosong berfungi untuk menurunkan berat badan? Mari kita baca perkongsian daripada Root of Science ini.
Air kosong merupakan salah satu bahan yang tidak mempunyai kalori. Meminum air kosong tidak akan menyebabkan seseorang itu gemuk. Tetapi yang menariknya adakah anda mengetahui bahawa meminum air kosong mampu menurunkan berat badan anda tanpa anda perlu bersenam.
Kajian pada bilangan subjek yang kecil
Pada 2003, satu kajian berkenaan air kosong telah dilakukan dan kajian tersebut telah masuk ke dalam journal berprestij iaitu ‘The Journal of Clincal Endocrinology anda Metabolism’. Para saintis yang terlibat dalam kajian tersebut menemukan bahawa dengan hanya meminum air sebanyak 500ml, ia boleh menaikkan metabolisma badan sehingga 30% dalam subjek perempuan dan lelaki. Kesan kepada kadar metabolisma tersebut boleh dilihat pada 10 minit awal dan menjadi maksimum pada 30-40 minit. Kadar metabolisma yang tinggi itu juga boleh bertahan sehingga 1 jam.Kita mengetahui bahawa untuk mengurangkan berat badan, seseorang itu perlu meningkatkan kadar metabolisma badannya untuk membakar lemak. Dan di dalam kajian tersebut jelas menunjukkan kadar metabolisma seseorang itu meningkat apabila dia meminum air.
Kajian permulaan ini sebenarnya memberi petanda kemungkinan perangai meminum air kosong secara kerap mungkin boleh mengurangkan berat badan seseorang.
Kajian pada bilangan subjek yang lebih besar
Kajian sebelum ini dikuatkan lagi dengan keputusan kajian pada tahun 2013. Dalam kajian tersebut mereka mengambil 50 orang peserta perempuan yang obes dan mereka disuruh meminum air sebanyak 500ml untuk 3 kali sehari. Iaitu bersamaan 1500ml dalam sehari.
Kajian ini dilakukan selama 8 minggu dan keputusan kajian mendapati ianya terbukti mampu mengurangkan berat badan dan juga body mass index(BMI) seseorang
Bagaimana ia mengurangkan berat badan?
Saintis mengatakan mekanisma pengurangan berat badan ini adalah disebabkan kadar metabolisma yang meningkat selepas pengambilan air dan salah satu sistem saraf yang terlibat dalam meningkatkan kadar metabolisma adalah saraf sympathetic
Seperti yang kita tahu pengaktifan saraf sympathetic ini akan menyebabkan ‘mode’ badan berubah kepada 'fight and flight'(berlawan atau melarikan diri). Selalunya orang yang tengah marah nak bergaduh ataupun takut dan ingin melarikan diri akan mengaktifkan sistem saraf ini. Ia akan meningkatkan kadar denyutan nadi, meningkatkan kandungan glukosa dalam darah dan akan meningkatkan penggunaan lemak untuk penghasilan tenaga.
Itulah yang terjadi setelah kita meminum air kosong, iaitu ia akan mengaktifkan minoriti saraf sympathetic dalam badan kita dan menyebabkan kadar metabolisma menjadi tinggi seterusnya menyebabkan lemak dalam badan diuraikan. Lalu berat badan pun semakin turun.
Kesimpulan:
Minum air kosong secara konsisten berserta kawalan diet seperti biasa sepatutnya sudah mampu menurunkan berat badan seseorang. Kombinasi dengan senaman yang konsisten juga akan membuatkan penurunan berat badan menjadi lebih efektif bagi seseorang.
Sumber- Rootofscience
mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
BalasPadamKontak bbm 5EE80AFE :D
segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
BalasPadamadd pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0
BalasPadammari bermain bersama kami di ION QQ
banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
pin BB 58ab14f5.