Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mangsa Keempat Rabies Disahkan Meninggal Dunia Dan Perak Negeri Terbaru Catat Jangkitan

17 Jul 2017
3 ulasan

KUCHING: Seorang lagi kanak-kanak yang dijangkiti wabak anjing gila atau rabies berusia lima tahun dari Kampung Ampungan, Serian, disahkan meninggal dunia, lapor Berita Harian.

Jawatankuasa Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataannya berkata, kanak-kanak itu telah meninggal dunia pada jam 2.05 petang tadi di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Bagimanapun dalam kenyataan itu nama kanak-kanak berkenaan tidak didedahkan bagi menghormati privasi keluarganya.

Mengikut laporan sekretariat itu, sejak 1 April lalu hingga hari sebanyak 368 kes gigitan anjing telah dicatat, mereka juga turut meminta supaya pemilik anjing peliharaan mendapatkan suntikan vaksin dan sebagai langkah berjaga-jaga dan juga tidak bermain dengan haiwan mereka buat sementara walaupun yang sudah divaksin.

Memetik laporan Harian Metro, dalam perkembangan terbaru, mukim Matang di daerah Larut Matang Selama (LMS) telah diwartakan sebagai kawasan terbaru wabak anjing gila atau rabies oleh kerajaan Perak susulan satu kes dilaporkan di kawasan itu pada 4 Julai lalu.

Pewartaan itu dikeluarkan susulan kejadian dua kanak-kanak perempuan yang digigit anjing peliharaan dan kes ini dikesan apabila seorang pemilik anjing membuat laporan pada Khamis lalu mengenai anjing dipeliharanya mati selepas lapan hari menggigit anak perempuan dan anak saudaranya di Kuala Sepetang, Taiping.- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam
  2. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "