Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Katanya Kualiti Memang Sama Dengan Klinik '' Wanita Kongsi Derita Pakai Braces Murah Berharga RM580

24 Jul 2017
3 ulasan

Sering kali kita mendengar isu-isu tentang bahayanya  'Fake braces' tetapi amaran dan pengalaman yang lepas umpama tidak memberi sebarang pengajaran kepada segelintir masyarakat.

Fake braces ialah pendakap gigi palsu yang dipasang pada gigi yang menyerupai braces sebenar walaubagaimanapun menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, fake braces ini tidak mempunyai fungsi seperti aplian tetap ortodontik yang digunakan pakar ortodontik bagi mendapatkan susunan gigi yang cantik.

Bagi sesetengah golongan, pemakaian fake braces boleh dilihat sebagai suatu fesyen apabila ia datang dengan pelbagai bentuk seperti bunga,kartun dan pelbagai warna.

Terdapat juga sesetengah golongan yang sememangnya memerlukan rawatan ortodontik ini tetapi menghadapi kekangan wang dan mengambil jalan pintas dengan memakai fake braces yang akhirnya membawa kepada keburukan.

Menerusi perkongsian daripada Mimi Suhana Binti Azmi di laman Facebooknya, dapat dilihat beliau hampir menjadi mangsa 'fake braces' sebelum sempat di selamatkan oleh doktor pakar.

Mari kita baca perkongsian dari beliau.

BRACES RM580 😭😭😭

Sekadar perkongsian ya sahabat semua . Tiada niat lain. Tiada niat nak tutup periuk nasi sesiapa pun . Sebab aku tak pernah mention aku buat braces ni kat siapa. Jadi orang tersebut boleh terus cari rezeki kalau memang rasa benda ni tak salah mintak maaf andai ada salah dan silap.

2 bulan yang lepas aku ada dok servey nak buat braces tu pun bukan sebab nak ikut fashion tapi memang gigi depan ni jarang dan sedikit kehadapan 😂

Masa dok servey tengok ada kawan promote cakap braces rm580 macam tu. Aku pun tanya betoi ka elok braces ni boleh rapatkan gigi ka ? ' dia cakap memang elok sama macam klinik buat jugak cuma harga ja murah . Aku pun excited tanpa berfikir panjang kenapa tidak ? Kalau dapat kesan yang sama dengan harga yang lebih murah ?

Aku pun deal la dengan orang tu nak buat braces ni . Dia tanya nak dia mai rumah aku ka atau aku pi kat dia ? Masa tu macam pelik jugak. Eh tak buat dekat klinik ke boleh buat kat rumah macam tu ja ?
Hmm dah sebab dorang cakap sama ja kesan aku teruskan jugak niat . Dah pasang braces semua siap . Lepas sejam lebih macam tu aku makan chicken rice shop mak ai sakitnya gigi tuhan yang tahu. Mengunyah pun slow-slow ja . Ayam memang tak sentuh. Makan nasi dengan sup ja . Sebab orang tu pesan kena makan makanan yang lembut-lembut ja. Tiba-tiba prappppppp bracket tu bahagian bawah dah tercabut . Hahaha . Yang atas maintain ok.

Aku pun bagitau la kat orang tu . Dia cakap takpa nanti dia buat kan bagi elok balik . Tapi kena cas la. Aku pun ok takpa . Tapi sampai harini aku tak betol kan pun yang patah tu .
Aku scroll ig ada tengok post yang dalam gambar ni cerita pasal braces murah ni . Rupanya memang tak bagus . Ada yang sampai tercabut gigi . Ada yang gigi rosak

Aku pun risau 😭 aku ajak kawan pegi cari klinik gigi doktor pakar semalam suruh dia bukak yang braces aku pakai sekarang . Macam uoll tengok dalam pic tu dah tinggal gam ja . Dawai-dawai tu semua dah bukak.


Next appointment baru bukak habis n pasang braces baru kat klinik pakar tu . Doktor tu cina . Dia cakap dah banyak jumpa kes macam ni . Masa dia bukak dawai tu dia cakap seller tu beli dawai tu kat china harga rm10 ja tapi cas rm580 . Dia siap suruh aku buat repot polis lagi. Tapi tak mau la. Aku dah halalkan semua tu .

Maybe ada kot braces yang murah tapi memang boleh betol kan gigi . Allahhualam . Tak berani cakap dan tak berani tuduh . Siap ada kawan yang dah buat braces gigi sakit 2,3 bulan tak hilang . Bagitau kat seller nak bukak braces kena cas rm100 takdak duit punya pasal bukak guna playar . Kesian nya 😭

Moral the story sayangi lah gigi anda . Tak kan muda-muda nak pakai gigi pelesu kot dan alhamdulillah gigi aku tak tercabut sebab awal pergi jumpa pakar.

Sumber - Mimi Suhana Binti Azmi
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  3. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "