Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Masih Ada RM5.8 Bilion 'Wang Tak Dituntut' Belum Dituntut

26 Jul 2017
One Comment

Disebalik 'keghiarahan' orang ramai kini menyerbu pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntu di Jabatan Akauntan Negara selaku pemegang amanah, rupanya setakat 30 Jun lalu, masih ada sebanyak RM5.779 bilion wang tak dituntut yang belum dituntut.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz di mana menurut beliau wang berkenaan datang daripada lebih 55 juta rekod akaun seperti simpanan, semasa atau perniagaan sejak dari tahun 1977.

"Sebanyak 25 kaunter Bahagian WTD disediakan di seluruh negara iaitu 13 di Semenanjung Malaysia, Sarawak (7) dan di Sabah (4) manakala sebuah kaunter baharu akan dibuka di Putrajaya."

"Individu yang terbabit perlu hadir sendiri ke mana-mana kaunter WTD untuk membuat semakan dan menuntut wang mereka," katanya.

BACA: Tak Sangka Dapat Bayaran Balik RM14k, Wanita Kongsi Cara Tuntut 'Wang Tak Dituntut' Di Jabatan Akauntan Negara

BACA: (GAMBAR) "Beratur Panjang Dari Sebaris Jadi Bentuk S, Dan Akhirnya Jadi Bentuk 8," Pejabat Wang Tak Dituntut 'Diserbu' Orang Ramai

Beliau mendedahkan perkara ini di Parlimen selepas menjawab soalan tambahan dari Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah serta strategi kerajaan dalam menyelesaikan permasalahan WTD di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Othaman berkata, sebagai pemegang amanah, kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas wang berkenaan dan sentiasa memastikan ia selamat dalam pegangan kerajaan sehinggalah ia dituntut.

"Dalam tempoh itu, wang berkenaan akan diurus mengikut tata cara kewangan yang berkuat kuasa," katanya.

WTD ialah wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh tertentu, seperti ditetapkan Akta Wang Tak Dituntut 1965. - Siakapkeli.my

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. join yuk guys di areatoto.com
    ada games seru lo di sini guys
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "