Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Maut Tercekik Kuih Koci

14 Jul 2017

Johor Bharu, 14 Julai - Seorang lelaki meninggal dunia apabila dia tercekik kuih koci dalam kejadian di sebuah kedai makan di Jalan Nong Chik.

Mangsa yang juga seorang pengurus sebuah syarikat itu meninggal dunia ketika menikmati juadah terbabit kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Ketika kejadian, mangsa bersama tiga rakannya sedang makan di kedai tersebut.

"Mangsa telah tercekik semasa makan kuih koci dan tidak dapat bernafas. Mangsa telah dibawa oleh rakannya itu ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Aminah (HSA) di sini.

"Mangsa kemudian telah disahkan meninggal dunia oleh doktor. Pemeriksaan pada mangsa mendapati tiada unsur jenayah atau khianat ditemukan," kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais.

Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber: Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam
  2. yuk.. gabung di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g dan menangkan hadiah menariknya,
    untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "