Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ketagihan Pornografi Punca Banyaknya Kes Mengandung Luar Nikah, Ini Langkah Pencegahan Yang Boleh Dilakukan

22 Jul 2017
4 ulasan

Kesan daripada pendedahan yang melampau tanpa ada pemantauan, menjadi punca kepada anak bawah umur terdedah kepada gejala tidak sihat, sepert seks bebas, yang secara tidak langsung menyebabkan banyak kes anak luar nikah.

Perkara sebegini sememangnya harus diambil serius oleh pelbagai pihak dalam membendung dari terus berleluasa dan pada masa yang sama mengurangkan masalah seperti ini.

Dengan adanya lagi sosial media, ia menjadi akses mudah kepada penularan gejala negative ini, lagi-lagi buat anak muda.

Mungkin ada acara yang boleh disyorkan kepada ibu bapa dan sekolah untuk mengatasi masalah ini.

Ikuti perkongsian dari penulisan Timbalan i-Guru Johor Bahru, Pn Sarifah Abu Bakar dari laman Isma ini.


Ketagihan Pornografi di Kalangan Remaja Perlu Dibendung

Gejala pornografi di kalangan rakyat Malaysia perlu dibendung segera terutamanya di kalangan remaja. Statistik Kementerian Kesihatan pada tahun lalu mendedahkan sebanyak 3,980 atau 28.8 peratus daripada 13,831 remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandung anak luar nikah.

Menurut statistik tersebut, 5 negeri mencatatkan kes kehamilan remaja tertinggi iaitu Sabah dengan 3,084 kes diikuti Sarawak (2,910), Selangor (1,461), Johor (1,319) dan Pahang 940 kes.

Melihat kepada statistik ini, ramai yang membuat kesimpulan bahawa ini menunjukkan pengetahuan mengenai kesihatan seksual reproduktif dalam kalangan remaja di negara ini masih rendah.

Tidak dinafikan pengetahuan seksual merupakan suatu aspek yang penting, namun bagi menyelesaikan masalah ini di peringkat akar umbinya, kita juga harus melihat kepada punca gejala ini berlaku.

Rangsangan seksual didefinisikan sebagai setiap rangsangan yang mengarah pada meningkatkan dan mempertahankan ghairah seksual.

Istilah ini sering membayangkan rangsangan daripada alat kelamin tetapi juga boleh termasuk rangsangan dari daerah lain dari tubuh, rangsangan dari deria (seperti penglihatan atau pendengaran) dan rangsangan mental (iaitu dari membaca atau berkhayal).


Pendidikan seksual merupakan pendedahan tentang nahtijah dan implikasi yang akan berlaku hasil daripada perbuatan seksual seseorang dan selalunya tertumpu kepada ‘safe sex’ iaitu langkah pencegahan hamil dan penyakit berjangkit.

Apa yang perlu diberi perhatian sebagai langkah pencegahan yang lebih efektif adalah mengelakkan remaja daripada terdedah kepada ransangan-ransangan terutamanya melalui pornografi.

Beberapa kes yang berlaku di peringkat sekolah menengah mendedahkan bahawa ada golongan pelajar yang menyebarkan gambar-gambar sendiri atau diambil dari laman sosial yang menampakkan susuk badan yang seksi dan kemudiannya dihantar kepada pelajar lelaki sebagai ‘jemputan’. 

Apabila disoal siasat, pelajar perempuan mengaku telah menonton video lucah yang dihantar oleh kawan lelaki lain.

Penularan video lucah dan imej yang menjolok mata menjadi semakin mudah dengan peningkatan jumlah remaja yang mempunyai akses kepada laman sosial dan telefon bimbit yang canggih. 

Di tahap usia remaja yang masih tercari-cari identiti dan mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi, sudah tentu video-video ini menjadi suatu tarikan kepada mereka.


Di antara langkah-langkah lain yang disyorkan kepada pihak ibubapa dan sekolah adalah:

1. Elakkan dari memberikan telefon pintar kepada anak-anak di bawah usia 17 tahun.

Jika ibubapa perlu memberikan telefon kepada anak-anak di atas tujuan keselamatan, dapatkan telefon bimbit yang berfungsi hanya untuk membuat panggilan sahaja. Tidak perlu kepada telefon pintar.

Bagi pihak guru yang perlu berhubung dengan pelajar untuk menyampaikan maklumat sekolah atau tugasan yang perlu disesesaikan, langkah yang lebih bijak adalah mewujudkan kumpulan ibubapa pelajar melalui aplikasi sosial yang boleh menyalurkan maklumat-maklumat ini kepada pelajar. 

Secara jujurnya, semua tugasan dan makluman kepada pelajar perlu dilakukan pada waktu persekolahan dan tidak perlu kepada makluman-makluman lain kecuali kes-kes kecemasan.

2. Ibu bapa perlu menjadi contoh tauladan yang terbaik di dalam sebuah keluarga di dalam menjauhi perbuatan menonton video lucah dan pornografi.

Terapkan ajaran Islam tentang adab, aurat serta keperluan meminta izin sewaktu ingin memasuki bilik. Tanamkan di dalam jiwa anak sedari awal bahawa perbuatan lucah adalah sesuatu yang jijik dan berdosa. 

Jadilah kawan kepada anak-anak remaja anda dan kenali dengan siapa mereka berkawan. Jangan terlalu mudah mempercayai kata-kata anak dan awasi pergerakan mereka walaupun ke tempat-tempat yang baik seperti kelas tuisyen.

3. Bagi pihak sekolah pula, disarankan agar pelajar-pelajar yang bermasalah diberikan tumpuan ke arah membina jati diri dan merawat sebarang ketagihan pornografi atau seks, jika ada. 

Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) boleh memainkan peranan dengan menganjurkan ceramah kesedaran kepada ibubapa atau kursus-kursus keibubapaan dengan menjemput tokoh-tokoh luar yang berpengalaman.

Sebagai penutup, tindakan RTM baru-baru ini yang mengharamkan penyiaran lagu dan klip video ‘Despacito’ merupakan tindakan bijak sebagai langkah membendung gejala lucah dan pornografi di kalangan remaja. Langkah ini wajar dicontohi oleh stesen-stesen penyiaran yang lain.

Puan Sarifah Abu Bakar

Timbalan i-Guru Johor Bahru

Sumber: Isma.org

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. BURUAN MAIN MAIN KE A.R.E.A.T.O.T.O
    DAN NANTIKAN KEJUTAN MENARIK...

    BalasPadam
  2. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  3. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  4. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "