Lumrah ibu hamil pasti berasa teruja untuk melihat perkembangan anak di dalam perut. Oleh itu, ibu hamil pasti akan ke klinik untuk melakukan pemeriksaan kehamilan bagi melihat keadaan bayi mereka atau secara terperinci mereka ingin melihat kepada wajah dan jantina bayi di dalam kandungan.
Bagaimanapun, segelintir masyarakat tidak tahu bahawa pemeriksaan antenatal dan ujian ultrasound bukan sahaja untuk sekadar ‘suka-suka’ melihat wajah dan jantina bayi tapi sebaliknya penting untuk mengetahui keadaan keselamatan kandungan kerana tumbesaran bayi dan kesihatan ibu adalah yang paling utama.
Isu mengenai kepentingan dan tujuan sebenar pemeriksaan antenal dan ujian ultrasound telah di kupas melalui perkongsian daripada Muhammad Izzat ini.
Mari baca penjelasan dari beliau.
Scan tengok air ketuban ??
Sebaik disahkan hamil, bakal ibu perlu menjalani pemeriksaan antenatal rutin untuk memastikan kandungan berada dalam keadaan selamat. Ramai yang tidak tahu mengapa pemeriksaan antenatal penting untuk mereka. Malah ada yang sengaja melengah-lengahkannya hingga ke minggu-minggu terakhir. Sepatutnya bakal ibu perlu mengetahui secara terperinci segala aspek pemeriksaan antenatal yang mesti dijalani untuk mengurangkan risiko sewaktu hamil dan bersalin.
Ujian scan adalah untuk melihat sama ada keadaan struktur anggota bayi normal atau sebaliknya, melihat beberapa jumlah kehamilan, tumbesaran bayi, keadaan uri, air ketuban dan masalah ketumbuhan pada rahim atau kilang ovari sekiranya ada.
Apabila pemeriksaan ultrasound dijalankan, jika terdapat keabnormalan dalam salah satu parameter pada bayi, misalnya - air ketuban banyak ( polyhydramnios ) , penyiasatan perlu dilakukan untuk menentukan kenapa air mentuban banyak - sama ada mak ada ibu ada kencing manis atau bayi dalam kandungan tidak normal.
Jika air ketuban kurang pula ( oligohydramnios ) - mungkin ada masalah pada tumbesaran bayi, atau ibu mungkin mengalami bayi yg tidak normal.
Ujian ultrasound juga dilakukan untuk melihat sekiranya ada tanda-tanda menunjukkan kemungkinan bayi yang dikandung mempunyai masalah genetik atau kromosom tidak normal. Jika tanda-tanda itu ada, ujian seterusnya seperti amniosentsis, chorionic villus sampling ataupun mengambil sedikit darah bayi untuk ujian boleh dilakukan.
Bahkan ujian ultrasound turut boleh mengeratkan perasaan ibu terhadap bayi yang dikandung (bonding) apabila ibu melihat pergerakan manusia kecil yang lengkap di dalam rahimnya. Kita juga boleh memantau tumbesaran bayi lebih-lebih lagi kandungan bermasalah seperti ibu yang mempunyai kencing manis, darah tinggi, kandungan kembar dan sebagainya.
Maka jangan melenting bila doktor tidak memfokuskan kepada muka bayi atau pun jantina bayi semasa beliau melakukan scan. Tumbesaran bayi serta keadaan keseluruhan bayi dan ibu adalah perkara UTAMA dalam pemeriksaan antenatal.
Satu lagi, Doktor yang berkhidmat di klinik kesihatan adalah pegawai perubatan berpendaftaran penuh yang diberikan tanggungjawab untuk merawat pesakit dgn kompetensi yang ada. Mereka bukanlah doktor pelatih seperti yang disangka. Mereka telah menerima latihan yg mencukupi untuk mengendalikan kes2 antenatal semasa menjalani rotation Obstetrik & Ginekologi semasa di tempatkan di hospital besar. Janganlah perkecilkan kebolehan mereka ya. Kecikkk hati dorang nanti
Harap dapat menjelaskan kekeliruan ,
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Sumber- Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
BalasPadamKontak bbm 5EE80AFE :D
mari bermain bersama kami di ION QQ
BalasPadambanyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
pin BB 58ab14f5.
Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
BalasPadamsegera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**