Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hilang 12 Tahun Lalu Di Kepong, Ditemui Di Pulau Tioman Jadi Kereta Bawa Pelancong

26 Jul 2017
One Comment

Pada 2005 lalu sebuah kenderaan empat roda di laporkan hilang di Kepong, Selangor, namun akhirnya selepas 12 tahun ia telah dijumpai di Pulau Tioman, lapor Projek MMO.

Kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm itu ditemui oleh pihak polis  ketika pemeriksaan rawak dalam Op Lejang Khas pada 22 Julai lalu.

Ketua polis daerah Rompin, DSP Azli Mohd Noor berkata,seorang lelaki  berusia 30-an ditahan berhampiran Terminal Jeti Kampung Tekek sekitar jam 1.40 petang.

Suspek yang ditahan ketika memandu kenderaan itu menjalankan pekerjaan membawa pelancong.

“Suspek kini masih direman manakala hasil semakan mendapati kenderaan itu dilaporkan hilang di Kepong, Selangor pada 2005,” katanya.

Pemilik sebenar kenderaan berkenaan telah dimaklumkan dengan penemuaan ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. join yuk guys di areatoto.com
    ada games seru lo di sini guys
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "