Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bagaimana Untuk Mahir Dalam Mempelajari Bahasa Inggeris? Doktor Ini Kongsikan Tips Untuk Menguasai Bahasa Kedua Itu

30 Jul 2017
2 ulasan

Dengan kemajuan dan banyaknya persaingan pada masa kini, tidak kiralah dalam apa jua bdang sekali pun, jadi menjadi seorang yang lebih berpotensi adalah sangat diinginkan.

Lebih-lebih lagi dalam ‘menjual’ diri sewaktu sesi temuduga.

Banyak syarikat atau orang perseorangan yang inginkan seseorang yang boleh bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris, sekiranya jawatan yang dipohon memerlukan penguasaan bahasa yang baik.

Disebabkan banyak yang ingin menuju ke era globalisasi, jadi penggunaan bahasa Inggeris adalah penting.

Buat mereka di kuar sana yang mempunyai kesukaran dalam menguasi bahasa Inggeris, seorang doktor, iaitu Dr Ahmad Firdaus kongsikan beberapa tips atau cara yang boleh dilakukan untuk mempelajari bahasa Inggeris. Mari kita ikuti perkongsian darinya.


"English?! Eeeek...Aku tak reti la cakap omputeh!"

Jangan begitu Dik. Walaupun Bahasa Melayu adalah Bahasa ibunda dan Bahasa rasmi Malaysia, tak boleh dinafikan kepentingan Bahasa Inggeris.

Abang dulu pun bukan bagus sangat berbahasa Inggeris. Tapi Abang cuba. Perlahan - perlahan. Kalau diikutkan, Abang boleh fail subjek Bahasa Inggeris.

Noun.
Verb.
Pronoun.

Abang bukannya reti sangat nak susun ikut sususan bahasa ikut semua tu. Meh Abang kongsi tips untuk menguasai Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, Abang ni bukan guru Bahasa Inggeris terlatih, tapi MUET & IELTS punya markah boleh tahan la.

1. Baca. Baca. Baca.

Jangan baca Ujang. Jangan baca Crayon Sin Chan. Tapi baca akhbar Inggeris. Belek setiap muka surat. Mulakan dengan memahami 'headline'. Jika tak tahu maksud ayat buka kamus dwibahasa.

Lihat bagaimana ayat disusun. Perhatikan bila is & are digunakan. Bezakan was & were. Lama kelamaan, ia akan menjadi second nature. Apabila menulis karangan tak payah fikirkan pun mengenai past & present tense. Automatik keluar ayat.

2. "A word a day" Book

Simpan satu buku kecil. Setiap hari, cuba cari satu perkataan yang adik tak faham. Tulis dalam buku kecil dan cari maksud perkataan dan bagaimana ia digunakan dalam suatu ayat.

3. Tonton drama atau filem

Ya. Lagi banyak tonton filem, lagi banyak boleh belajar. Tetapi jangan tengok siri Sayangku Kapten Mukhris atau Misiku Sado pula. Tonton filem Inggeris. Dalam iFlix, pasangkan setting 'English subtitle'. Pada asalnya, agak sukar untuk tangkap dialog, tetapi lama kelamaan, akan jadi biasa.

4. Hayati lirik lagu

Jangan pakai nyanyi sahaja, tetapi tak faham maksud lirik. Jadi macam Despacito pula. Dah ulang ulang nyanyi Bahasa Spanish berpuluh kali, baru sedar maksud lagu lain dari yang disangka. Hayati maksud lagu & ayat dalam lirik. Contoh yang baik seperti lagu Beauty and The Beast.

"Tale as old as time,
Tune as old as song,
Bittersweet and strange,
Findingyou can change,
Learning you were wrong"

Ayat yang digunakan sangat puitis dan cantik.

5. Practice. Practice. Practice.

Jangan risaukan sangat jika sebutan tak betul. Lantakkan orang nak kutuk. Mula sedikit sedikit. Tak perlu slang dan accent gedik macam King Coco. Accent Malaysian English pun dah dipopularkan oleh Dato Michelle Yeoh. Jadi jangan bimbang.

Cari rakan - rakan yang nak berubah dan praktikkan bersama mereka. Beri masa 6 bulan. InsyaAllah, akan nampak perbezaan dalam kebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Boleh kan? Abang bukan apa. Kadang - kadang tu rasa bimbang dengan netizen muda - muda ni. Hanya kerana ada sesuatu maklumat itu ditulis dalam Bahasa Inggeris, terus tak mahu baca dan letakkan komen.

"Bahasa Inggeris lah. Sorry la, saya tak reti. Boleh tolong explain?"

Jangan malas.
Perubahan di tangan anda.

Dr Ahmad Firdaus
Baru dapat aura jumpa cikgu English

- Siakap Keli

BACA: Susah Nak Faham, Walau Dah Belajar Lama, Ini 7 Tip Bagaimana Untuk Mudah Belajar Bahasa Baru
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. join yuk guys di areatoto.com
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    minimal deposit 20 ribu dan withdraw 50 ribu
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "