Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Abang Cepat Balik Tengok Anak, Perut Terburai Keluar Darah," Bapa Mohon Orang Ramai Doakan Anak-Anaknya Cepat Sembuh

7 Jul 2017
5 ulasan

Dua orang kanak-kanak lelaki dilaporkan cedera parah selepas terjatuh dalam bilik air dan terkena serpihan sinki pecah ketika sedang mandi di rumah mereka di Kuarters Desa Setia Wira, Kementah, Kuala Lumpur, lapor Harian Metro.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Muhammad Darwisy Norhazliysham, 6, cedera di kedua-dua belah paha manakala adiknya, Muhammad Adam, 4, cedera parah di perut selepas dikatakan salah seorang daripada mereka telah memanjat sinki yang diperbuat daripada batu seramik sebelum terjatuh.

Kejadian disedari oleh ibu mereka selepas terdengar jeritan dan tangisan kuat daripada bilik air tersebut sebelum bertindak menghubungi pihak ambulan.

Bapa kepada kedua-dua kanak-kanak malang itu Nor Hazliysham yang merupakan seorang anggota Tentera telah menulis status meminta agar orang ramai dan rakan-rakan mendoakan kedua anak-anaknya itu cepat sembuh di mana status itu dimuatnaik oleh adiknya Ridhwan Wahid di laman Facebook.

Berikut adalah apa yang ditulis oleh beliau.


Saya Ridhwan mewakili abang saya Hazlisyam yang kini berada di Kuala Lumpur memohon supaya kawan-kawan yang berada di dalam group atau Facebook ini mendoakn anak dua orang anak beliau agar cepat sihat seperti sediakala.. Amin.

Assalamualaikum, pada jam 11:30 pagi saya telah mendapat satu penggilan daripada isteri dalam keadaan menangis dan terketar-ketar, dia cakap "Abang balik cepat, tengok anak, perut terburai, banyak darah keluar."

Saya Nor Hazliysham dari Skuad Maritime Para Rescue Team (MPRT) pagi ini(semalam) sedang melakukan persiapan fitik untuk majlis hari raya di pengkalan.



Selepas itu saya terus bergegas balik dan sempat memaklumkan kepada Koperal Suhaimi MPRT, pihak ambulan dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah sampai dan kejarkan anak saya ke HKL dan dibantu oleh jiran-jiran di kuarters Desa Setia Wira sebelah dengan Transit KL.

Saya terus ke HKL dan tunggu permbedahan dilakukan, anak sulung saya ditempatkan di wad Pediatrik KK& katil 15, manakala yang adik pulak ditempatkan di wad kanak-kanak KK4.




Semua ini terjadi berpunca daripada singki di dalam bilik air telah jatuh di mana ketika itu mereka sedang mandi, Adam terbelah di perut manakala Awisy pula luka di peha dan sekarang berada di Zon Merah.

Saya baru lepas temuduga dan isi borang semua, tunggu untuk doktor lakukan pembedahan, Syafakallah semua dan semoga dipermudahkan segala kesulitan ini.. amin.

Hazlisyam dalam satu kemaskini di laman Facebooknya kira-kira jam 3:20 pagi tadi tadi memberitahu yang semua pembedahan telah berjalan dengan lancar, kedua-dua anaknya itu dilaporkan stabil dan dalam pemantauan pihak hospital.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai kira-kira jam 10 malam tadi, keadaan kedua-duanya telah stabil dan masing-masing kena jaga sorang satu."

"Baru sedar dan mula rasan nak makan sebab dah puasa dari awal sebelum pembedahan, terima kasih atas doa semua kawan-kawan," tulisnya di laman Facebook. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di updatebetting

    BalasPadam

  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO
    minimal depo wd cuma 20 ribu..^_^

    BalasPadam
  3. PUNYA MASALAH DENGAN KEUANGAN ANDA?
    SEGERA INVITE 7ABE016D ATAU KUNJUNGI WEB #Jarumpk

    BalasPadam
  4. PUNYA MASALAH DENGAN KEUANGAN ANDA?
    SEGERA INVITE 7ABE016D ATAU KUNJUNGI WEB #Jarumpk

    BalasPadam
  5. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "