Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Iklan Raya Maxis Menceritakan Tentang 'Wayang-Wayang' Yang Kita 'Lakonkan' Hari-Hari

21 Jun 2017

Semakin raya menjengah tiba, semakin banyak iklan-iklan raya yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat besar dalam negara ini.

Antara yang terlekat dalam ingatan termasuklah iklan raya Astro Awani, TNB dan KFC yang mempunyai cara yang tersendiri menyentuh talian kekeluargaan terutama perhubungan istimewa antara anak dan ayah.

Bagaimanapun, Maxis tahun ini membawa keunikan dalam iklan hari raya mereka apabila menyentuh tentang penyakit yang wujud dalam diri kita sehari-hari - sifat berwayang-wayang. Mengapa ia dikatakan unik? Kerana iklan ini menyentuh perkara yang tersembunyi di dalam setiap diri sekaligus melahirkan rasa keinsafan dalam diri kita.

Video pendek gandingan pelakon Beto Khusyairi dan Ayu Ruhaizah itu menceritakan tentang kisah Kamil dan isterinya, Nora, yang mana kebahagiaan rumah tangga mereka penuh dengan kepalsuan supaya tampak sempurna dimata orang lain.

Namun, disudut hati masing-masing tahu mereka akan berpisah tidak lama lagi.

Bagaimanapun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila bapa kepada Kamil meninggal dunia. Pada hari pembacaan wasiat, bapa Kamil menyampaikan satu surat permintaan terakhir yang meminta Kamal mencari semula kamera lamanya.

Pengakhirkan video terbabit menyaksikan Kamil dan isteri sedar bahawa mereka sudah jauh tersasar dan terlupa perkara yang paling penting dalam kehidupan.

Tonton iklan tersebut dibawah:


Sekurang-kurangnya, Kamil dan Nora sempat menamatkan wayang mereka sebelum terlambat.

Sempena hari raya ini, sudah tiba masanya kita melabuhkan tirai dan menghentikan lakonan-lakonan yang kita mainkan.

Kejar kebahagian di hati kita, bukan di mata orang.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. izin share ya admin
    mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya :)

    BalasPadam
  3. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    di f@ns*p0ker || add pin bb 55F97BD0 :* :* ;)

    BalasPadam
  4. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

  5. Yuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO
    minimal depo wd cuma 20 ribu..^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "